Terima Kasih Pengundi Manek Urai Yang Telah Menyokong BN !

Penulis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pengundi-pengundi Manek Urai yang telah membuktikan sokongan mereka terhadap BN melalui pangkahan undi mereka di pilihanraya kecil Manek Urai 14 Julai baru-baru ini. Teruskan sokongan moral anda kepada BN, anda telah membuat pilihan yang betul.


Walaupun PAS telah menang tetapi mereka hanya menang tipis.
Hanya 65 undi sahaja yang membezakan undi PAS dengan BN.

PAS mendapat 5, 348, manakala BN mendapat 5, 283.

Tidak mengapa...keyakinan rakyat terhadap BN semakin pulih. Syukur, Alhamdulillah !
65 undi itu mungkin adalah pengikut setia atau ahli seumur hidup PAS, memang susah nak ubah mereka...nak buat macam mana...?

DAP dan PAS Kedah Rujuk Semula...Mengapa ?

Malam ini baru lepas tengok berita di TV, khabarnya DAP Kedah sebulat kata masuk ke dalam Pakatan semula, join balik PAS Kedah.

Masa DAP Kedah buat keputusan keluar dari Pakatan dulu, memang ada 'penganalisis' yang menasihatkan agar jangan terlalu mempercayai apa yang didengar dan dilihat itu kerana
tanpa dijangka pada bila-bila masa mereka boleh menarik balik kata-kata mereka atau bekerjasama semula dengan PAS kerana kepentingan tertentu.

"perkara ini tidak boleh dipandang sepintas lalu sahaja disebabkan ianya berkemungkinan hanyalah mainan politik daripada pihak PR disebabkan ketiadaan isu dimanik urai..mereka sengaja mewujudkan isu ini supaya dapat dijadikan modal dimanik urai bahawa PAS tidak kisah dan sanggup melihat DAP keluar daripada PR demi untuk menegakkan pendirian mereka...mereka akan menjadikan isu ini dimanik urai disebabkan pengundi dimanik urai terdiri daripada masyarakat melayu..

Mereka bila2 masa pun boleh menarik balik kenyataan yang dikeluarkan oleh DAP kedah dengan alasan tidak dapat perkenan daripada DAP Pusat...so berhati-hatilah sebab puak PR ni DAP,PKR dan PAS selalunya tiada penderian dan cakap sering berubah-ubah."

Di atas adalah sebuah komen (feedback) oleh seorang bijaksana di atas post ini di blog Aspirasi Bangsa. Waktu itu, DAP Kedah baru sahaja dengan keputusannya keluar dari Pakatan. Beliau telah membuat flashfoward ini...ternyata ia memang betul.



Tak banyak hendak ku kata..

1) DAP Pusat memang tidak setuju sebenarnya bila DAP Kedah tarik diri Pakatan kerana ia akan menjejaskan imej dan kekukuhan Pakatan Rakyat keseluruhannya (boleh menjuruskan ke arah konflik-konflik yang lebih serius).

2) Demi kepentingan Pakatan untuk pilihanraya Manik Urai, Kelantan beberapa hari lagi ???


Sekian.

Islam Dan Melayu Itu Sinonim



"Wahai Nik Aziz dan orang-orang PAS sekalian, bagaimana hendak menegakkan agama Islam, kalau Melayu sudah hilang kuasa ? Islam tidak akan kuat tanpa Melayu. Bangsa apakah yang paling ramai menganuti Islam di Malaysia ? Tanpa orang-orang Melayu, siapa lagi yang hendak mempertahankan agama Islam di negara ini ?"


"Melayu dan Islam itu saling berkaitan di Malaysia.
Berdirinya Islam di Malaysia sehingga kini adalah kerana tunjang politik Melayu"



"Putar belit ! Tipu ! Jika ada yang kata perjuangan Melayu itu tidak penting dan yang penting hanyalah agama Islam."


"Persefahaman kontrak sosial, pengiktirafan hak keistimewaan kaum Bumiputera dan pengekalan Institusi Raja-Raja Melayu adalah lambang kuasa politik Melayu di tanah nenek moyangnya sendiri dan sebagai simbol keistimewaan agama Islam di Malaysia"



PAS PEMECAH-BELAH UMMAH !

"UMNO ? No !" PAS Said



"Perpaduan Melayu dan Islam sepatutnya melampaui kepentingan politik kepartian. Lihatlah bagaimana kaum Cina sentiasa bersatu tanpa mengira politik kepartian dalam menjaga kepentingan kaum mereka."

Penulis meminjam susun kata hikmah di atas daripada penulis blog Aspirasi Bangsa. Maknanya cukup jelas dan penting untuk dihayati oleh orang-orang Melayu Islam di dalam PKR khususnya PAS di luar sana.



Berfikir panjanglah wahai orang-orang Melayu Bumiputera sekalian.
Demi tanah bertuah warisan nenek moyang kita.
Tempat di mana robohnya Kesultanan Melaka.


PAS dan DAP, DAP dan PAS Berhipokrasi. Sampai Bila..?



Penulis sudah malas hendak menulis panjang berjela lagi sebenarnya. Sebab itulah penulis menyampaikan maksud penulis kali in melalui IMEJ DI ATAS.

Apa yang mencuit hati penulis untuk berbicara kali ini berikutan kekecohan peristiwa DAP Kedah menarik diri keluar daripada kerajaan Pakatan Rakyat (PAS) Kedah baru-baru ini. Dikhabarkan bahawa punca yang menyebabkan mereka keluar daripada 'PERKAHWINAN' itu adalah beberapa isu ketidakpuashatian DAP dengan pihak pentadbiran kerajaan PAS Kedah yang tidak benar-benar menganggap DAP penting di dalam sebuah kerajaan Pakatan Rakyat. Isu perobohan sebuah pusat penyembelihan babi telah membakar sensitiviti kaum masyarakat Cina setempat serta rasa tidak puas hati DAP Kedah terhadap kerajaan PAS Kedah. Bagi masyarakat Cina sekitar dan DAP khususnya, kerajaan Pakatan/PAS sewajarnya lebih tolak ansur, fleksibel dan mesra rakyat berbanding kerajaan UMNO sebelumnya. Sebagai kerajaan Pakatan yang amat mementingkan rakyat, kerajaan Pakatan diharapkan penyokongnya akan lebih bersikap liberal dan terbuka terhadap amalan budaya dan agama selain Islam di Malaysia (termasuk soal ternakan babi).

Bukankah penulis sudah cakap di dalam post-post sebelum ni bahawa Pakatan Rakyat ni hipokrit khususnya antara DAP dan PAS. Ada orang yang percaya tak ? Anda percaya ? Ya..penulis bukan politikus, bukan penuntut Sains Politik, bukan Tuhan, tetapi gerak hati penulis sangat kuat merasakan PAS dan DAP atau DAP dan PAS tidak akan satu haluan, satu hati, satu jiwa, satu idieologi, satu pegangan dan satu dasar sampai bila-bila (melainkan adanya ahli atau penyokong DAP itu masuk Islam dan menyertai PAS).

Tak faham ? Mahu perumpamaan yang mudah ?

Anda tahu siapa orang-orang PAS (Parti Islam SeMalaysia) dan anda juga pasti tahu siapa orang-orang DAP (Democratic Action Party) serta diingatkan juga bahawa PAS ini tidak mahu sesekali dikait dan disamakan dengan orang-orang Melayu Islam UMNO. Bagi pandangan PAS, orang-orang UMNO itu kafir, munafik, fasiq, tidak 'cukup' Islamik dan sebagainya. Maka, sekarang anda lebih jelas bagaimana orang-orang PAS merasakan diri mereka. Kebiasaannya, ahli-ahli kuat PAS dikaitkan dengan pak-pak lebai, ustaz dan ustazah, pendakwah-pendakwah Islam dan yang amat tegas pegangan Islam. Orang-orang DAP pula bagaimana ? Majoriti besar ahli dan penyokongnya adalah orang-orang Cina dan India bukan Islam. Pemimpin-pemimpin atasan mereka, anda pasti tahu siapa ? Secara simbolik, DAP menggabungkan sokongan sosial dan kuasa politik orang-orang bukan Melayu dan bukan Islam khususnya masyarakat Cina dengan pendekatan yang agak agresif dan reaktif.

PAS pula tidak habis-habis berbangga dengan kerajaan PAS Kelantan yang kononnya menerima sambutan dan sokongan yang sangat baik daripada orang-orang Cina di Kelantan. PAS dan penyokong Pakatan yakin bahawa kegemilangan yang sama juga diharapkan dengan kerajaan PAS Kedah. Hakikatnya, adalah satu kesilapan yang sangat besar jika PAS cuba menyamakan semua orang-orang Cina di Malaysia sama dengan orang-orang Cina di Kelantan. Orang-orang Cina di Kedah tidak sama dengan orang-orang Cina di Kelantan. Begitu juga, orang-orang Cina di Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Pulau Pinang tidak sama dengan orang-orang Cina di Kelantan. Apa yang membezakan ? Perpaduan mereka, kuasa dan kesedaran berpolitik mereka, rutin hidup seharian mereka, nilai dan persepsi moral mereka amat jauh berbeza. Kerajaan PAS pula membuat apa yang mereka fikir betul kerana PAS merasakan dasar dan ideologi politik mereka mendominasi parti-parti lain walaupun sama-sama berada di dalam satu Pakatan.

Cuba anda bayangkan satu masa, barisan alim-alim dari PAS yang tegas Islam dan wakil-wakil bukan Islam sekular dari DAP yang selesa dengan nilai keBaratan, hidup bebas di bandar-bandar yang mahu menuntut kesamarataan antara kaum dan agama, duduk semeja di barisan hadapan kerajaan, mentadbir dan menentukan dasar Malaysia bersama-sama. Bagaimanakah agaknya rupa Malaysia pada ketika itu ? Ngeri !

"Ini...itu semua perancangan UMNO sengaja hendak melaga-lagakan DAP dan PAS.."
"Apa yang berlaku antara DAP dan PAS cuma salah faham...pasti boleh diperbincangkan.."
" Mana ada DAP dan PAS berkonflik ? Ini semua propaganda media bawahan UMNO.."

Macam-macam alasan dilontarkan. Dari segi strategi politik Pakatan, segala penafian dan pembalikan hujah seperti itu penting bagi memastikan imej luaran di antara PKR, DAP dan PAS akan terus kelihatan stabil dan kukuh di mata penyokong mereka. Anuar Ibrahim selaku pimpinan utama Pakatan Rakyat tidak akan sesekali mengakui dan tidak boleh sesekali menerima kenyataan kemungkinan keretakan hubungan di antara mana-mana 3 parti itu.

Pakatan Rakyat harus terus 'berpakat' sehinggalah selesai pilihanraya umum seterusnya. Matlamat melumpuh dan menumbangkan kerajaan BN hanya mampu dilakukan dengan pakatan ketiga-tiga parti. Mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat, baik PKR, PAS atau DAP tidak akan mampu menumbangkan BN dengan majoriti jika berjuang sendirian. Maka, walaupun pahit,kelat, panas dan tidak menyelesakan, walaupun terpaksa terus berpura-pura, DAP dan PAS tetap harus berKAHWIN di dalam satu pakatan.

Itulah strategi politik Pakatan Rakyat !

Rakyat Malaysia...Sedarlah...Jangan tertipu dan terus ditipu !



Anak Raja Petra Mencuri ?

RPK (Raja Petra Kamarudin) ? Seorang blogger anti-BN dan pro-kebebasan bersuara yang teramat-amat disanjungi dan dipertahan oleh penyokong freedom of speech di Malaysia, puak-puak DAP dan PKR....malah PAS juga.


(sumber gambar: carian Google internet)

Macam-macam ragam...






Yes ! Ya..teruskan bersama RPK..teruskan..! Role model yang bagus.. (in an ironical manner )

Siapa yang tidak bangga dan mengagumi beliau kerana kelantangan suara beliau dan keberanian 'kamikaze' beliau yang konon ingin membongkar so-called 'kebenaran' dan konspirasi personal dan keluarga pemimpin-pemimpin atasan UMNO, khususnya kaitan YB Najib dan isterinya dengan kes kematian Altantuya.

Style penulisan, pemikiran dan perjuangan beliau banyak mendapat sokongan bukan Melayu yang membenci UMNO kerana beliau dilihat berbeza dengan Melayu conventional, dengan personaliti yang cool dan latar belakang beliau yang berdarah campuran dan berstatus kahwin campur. Bagaimana pula isterinya ? Bila pembangkang mengata isteri Pak Lah atau Najib, mungkin alasan mereka adalah 'orang-orang UMNO memang buruk perangai'. Kata mereka 'Tudung does matter. That is about aurat.' Tetapi, inikan idola rakyat yang dianggap role model pejuang bangsa,agama dan negara yang 'sebenar-benarnya' ? Ini belum kira lagi berapa ramai penyokong, krew-krew, hard fans PKR dan PAS yang masih 'ranggi' dan tidak pun bertudung di luar sana. Anda ingat semua orang PKR dan PAS berjubah dan bertudung kah ? Apabila ada wanita dan puteri UMNO tidak bertudung, macam-maca dituduh dan ditohmah - keji la..tak ingat Tuhan la..nak jadi ratu la..nafsu la..macam-macam. Hei..(mengeluh). Berbalik kepada hal tadi, 'pandangan penulis', tidak ditolak kemungkinan beliau dilihat sebagai ikon politikus Melayu moden yang cool dan disegani bukan Melayu. Sesuai beliau menjadi orang kuat PKR dan Malaysiakini. Pelik dan sangat janggal rasanya jika beliau menjadi 'orang kuat' PAS dan Harakah..



RARPK (Raja Azman Raja Petra Kamarudin) ? Seorang belia 32 tahun yang telah mengaku salah di mahkamah melakukan jenayah mencuri dan pecah rumah.


Sumber: http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/5/19/nation/20090519152246&sec=nation

Published: Tuesday May 19, 2009 MYT 3:21:00 PM
Updated: Wednesday May 20, 2009 MYT 1:01:22 AM

Raja Petra’s son pleads guilty to theft (Update)

By LISA GOH

SHAH ALAM: Raja Azman Raja Petra, a son of Malaysia Today editor Raja Petra Raja Kamarudin, pleaded guilty to four separate counts of theft, receiving stolen property and criminal trespass.

Raja Azman, 32, who was dressed casually in a pair of blue jeans and a T-shirt with the word “Russia” on it, appeared before magistrate Norkamilah Aziz here Tuesday at about 11:30am.

In the charge read out to him, he was accused of stealing a Nokia mobile phone, a Seiko watch, and a bunch of motorcycle keys, all worth about RM3,850, belonging to student Saipul Adli Mohamad Yunus, 21, at No 16, Jalan Sastera, U2/1K, Section U2, Shah Alam, at about 10am on April 24.

He was also accused of stealing a Yamaha 135 LC motorcycle worth about RM6,000 from student Ahmad Firdaus Jalaludin, 23, at the same location and time.

He admitted to the alternate charge of being in the possession of a Yamaha 135 LC motorcycle worth about RM6,000 with the knowledge, or with cause to believe, that the motorcycle was stolen property.

Raja Azman also pleaded guilty to another count of motorcycle theft, this one of a Yamaha RX2 worth about RM8,000, at 9:30am on March 20, at No 65, Jalan Batas 2, 19/6B, Section 19, Shah Alam, belonging to operator Mohd Syaiful Setapa, 24.

Lastly, he was also charged with breaking in into a house at No 65, Jalan Batas 2, and stealing Mohd Syaiful’s wallet containing his identification card, RM20, road tax, Maybank and BSN ATM cards and his driver’s licence.

If convicted, he faces a jail term of up to 10 years, with a fine.

Magistrate Norkamilah set bail at RM10,500 in total, with one surety for each charge. She fixed June 19 for sentencing.


Penulis percaya, seretan daripada berita tentang anak RPK ini, puak-puak pro-pembangkang menerusi media-media mereka pasti akan menafikan dan menangkis hal ini melalui pelbagai cara.Sudah pastinya, banyak mulut-mulut pembangkang yang akan menuduh bahawa ini semua agenda fitnah dan taktik politik yang sengaja dirancang BN.Tengok sahajalah nanti. Ya lah tu...semua ini fitnah BN...ye lah, semua ini perancangan UMNO...ye lah tu, polis rasuah...dasar tak mahu mengaku salah sendiri. Betullah kata pepatah "tunjuk satu jari pada orang lain, empat jari menunjuk pada diri sendiri".

Sibuk mengata pasal anak bini Pak Lah lah, anak bini Najib macam itu, macam ni lah.....anak bini orang BN macam itu, macam ni lah....Kan dah kena diri sendiri.. Bak kata Nabil raja lawak, "Lu pikir la sendiri..."



Moral: Jaga dan dakwah keluarga sendiri dahulu, sebelum sibuk mengorek dan menspekulasi hal-hal anak bini orang lain. Apabila terlalu obses mencari dan menghebahkan keburukan orang lain, perlahan-lahan orang itu akan menjadi over-confident dan riak. Maka suatu masa, tanpa disangka, ludah di langit terpercik ke muka sendiri..



http://chegubard.blogspot.com/2009/05/anak-raja-petra-mengaku-salah-tuduhan.html

Politik Perak; Bukti Pakatan Rakyat Emosional & Hipokrit



http://www.youtube.com/watch?v=EnXkXUEA5FE

Penulis terlihat berita ini di kaca tv, sebaik sahaja penulis ingin bersiap ke bilik air untuk mandi. Reaksi spontan penulis "Hahahaha..Woo..! Aku dah agak ! Aku dah agak dah !". Penulis fikir semua anti-Pakatan Rakyat juga akan menyangkakan perkara yang sama akan berlaku. Ya, ia memang sudah dijangkakan, mereka akan terus berkonflik sesama sendiri.

Sekali lagi membuktikan hipotesis penulis bahawa orang-orang di dalam Pakatan Rakyat sebenarnya hipokrit sesama sendiri.

Penulis fikir, sudah tiba masanya PAS keluar dari Pakatan Rakyat atau DAP yang keluar dari Pakatan Rakyat. Tidak perlu rasanya lagi belakon bermanis muka dan bersandiwara kata-kata sedangkan hati masing-masing tidak akan pernah ikhlas berpakat dan bersahabat.

Berpakat tidak langsung bersepakat, bergabung tidak langsung bersepadu, ada cita-cita pula ingin memerintah Malaysia yang besar ini. Ciss...Pakatan Rakyat ! Kau tidak layak langsung !

Sedarlah wahai rakyat Malaysia, Pakatan Rakyat ini boleh merosakkan Malaysia suatu hari nanti...

Ingatkah Kau Pada 16 SEPTEMBER 2008 ?



Wahai orang-orang Pakatan Rakyat, mengapakah anda terkejut, bengang dan naik angin pula melihat BN mengambil alih 'kerajaan' Pakatan Rakyat anda di Perak ?


Ingatkah anda semua pada angan-angan dan janji pemimpin kesayangan anda, Anwar Ibrahim berkenaan tarikh keramat '16 SEPTEMBER 2008' ? Pada ketika itu, ramai penyokong Pakatan Rakyat begitu angkuh dan bangga bila menyebut akan tarikh 16 SEPTEMBER, "BN, tunggulah saat kejatuhan kau pada 16 SEPTEMBER nanti, Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan pusat". Pada tarikh tersebut dikhabarkan bahawa Pakatan Rakyat akan layak mengambil alih tampuk kerajaan daripada BN sekiranya berjaya menarik wakil-wakil rakyat BN untuk lompat parti yang seterusnya akan merendahkan bilangan kerusi BN di parlimen dan meningkatkan bilangan kerusi Pakatan Rakyat. Diyakini dan diwar-warkan oleh Anwar Ibrahim bahawa apabila ini berlaku, Pakatan Rakyat akan layak mengambil alih /merampas kuasa kerajaan daripada BN. Ingat tak wahai orang-orang Pakatan Rakyat ?

Tuhan Maha Adil, 16 SEPTEMBER 2008 tidak berjaya menjadi kenyataan, sebaliknya kini menjadi kenyataan di Perak, negeri di mana mereka sendiri berjaya berkuasa sebelum ini. Akibat daripada 3 orang wakil rakyat Pakatan Rakyat Perak mengisytihar keluar parti secara kebetulan menyebabkan majoriti kerusi Pakatan Rakyat (DAP, PKR dan PAS) merosot dan sebaliknya menjadikan bilangan kerusi BN di Perak lebih tinggi. Kalau dilihat situasi ini, adalah logik BN layak untuk mengambil alih (bukannya merampas) tampuk kerajaan negeri Perak daripada Pakatan Rakyat.

Sebagai logik yang kedua, cuba anda gunakan teori Anwar Ibrahim berkenaan 'Kerajaan Baru 16 SEPTEMBER 2008' sebelum ini ? Sekiranya Pakatan Rakyat merampas kuasa kerajaan pusat daripada BN pada tarikh tersebut atas alasan Pakatan Rakyat telah memiliki majoriti kerusi cukup tinggi di Parlimen setelah berjaya membuatkan ramai wakil BN lompat parti, adakah kerajaan baru idea Anuar Ibrahim itu sah di sisi undang-undang dan juga sah dari perspektif penyokong-penyokong Pakatan Rakyat ?

Sekarang situasi terbalik telah berlaku. Tidak lama selepas Pakatan Rakyat berbesar hati menyaksikan Adun Bota (UMNO) lompat parti menyertai PKR Perak, 3 orang adun Pakatan Rakyat pula lompat parti menyokong BN. What goes around, comes around.."

Apa yang terjadi di Perak adalah tuah dan rezeki bagi BN. Situasi di Perak ini bukan kes kematian adun yang membolehkan pilihan raya semula, sebaliknya apa yang terjadi adalah Pakatan Rakyat telah kehilangan majoriti ahli Dewan Negeri di Perak. BN dengan sendirinya telah mengatasi. Apakah layak Pakatan Rakyat memerintah Perak sedangkan BN adalah majoriti sekarang, bukan mereka lagi. Ini dinamakan rezeki, apa lagi yang mahu dikecohkan Pakatan Rakyat ?

Inilah yang dikatakan "Pakatan Rakyat buat boleh, BN buat tak boleh..Pakatan Rakyat buat tak salah,bila BN buat semuanya salah.."

Kata segelintir orang-orang Pakatan Rakyat yang sakit hati " They (BN) robbed the government from the people.." BN tak rampas. BN tak curi. BN ambil alih kerajaan secara sah, malah dengan kebenaran dan pengiktirafan Istana Perak.

Demonstrasi Jalanan Bukan Demokrasi

**Jika video di atas tidak berfungsi, sila ke address ini: http://www.youtube.com/watch?v=-cl02IAzXI4

Kenyataan beliau telah cukup bernas untuk menyampaikan idea yang terbuku di fikiran penulis. Pandangan peribadi penulis mengenai demonstrasi jalanan, tunjuk perasaan dan perhimpunan haram yang berlaku di Malaysia, 'sebijik' sama dengan pandangan beliau. Terima kasih.

Hudud Hanya Angan-Angan PAS, Bukan Manifesto Pakatan Rakyat


**Jika video di atas tidak berfungsi, sila ke address ini: http://www.youtube.com/watch?v=wW5mseT_rVk

Satu lagi bukti yang membuktikan kehipokrasian sesama PAS dan DAP di dalam sebuah 'organisasi harapan rakyat konon-konon' yang diberi gelaran Pakatan Rakyat. Istilah pakatan pada nama mereka hakikatnya tidak mencerminkan kesesuaian yang membawa kesepakatan yang sebenar. Rakyat janganlah diperbodohkan lagi kekuatan olok-olok yang cuba dipaparkan oleh media-media pro-Pakatan Rakyat yang sememangnya terus berusaha membuatkan pembaca-pembaca melihat lakonan keikhlasan dan kemesraan antara PAS, DAP dan PKR.

Usah buat-buat tidak sedar lagi, komponen-komponen Pakatan Rakyat terutama sekali DAP dan PAS nyata langsung tidak serasi. Masing-masing degil dengan agenda politik dan visi pemerintahan yang berbeza umpama arus sungai yang bertentangan. Satu-satu yang menyepakatkan mereka berdua adalah obsesi misi jangka pendek untuk menjatuhkan UMNO dan kerajaan BN. Mereka hanya mahukan parti mereka memerintah Malaysia sahaja. Ternyata jelas bahawa keutuhan dan kestabilan sosio-politik negara bukanlah keutamaan mereka.

They are not the government in waiting, they are pakatan politik yang gelojoh dan terburu-buru.

Kerajaan macam inikah yang ingin memerintah Malaysia ?

Babi Juga Makhluk Allah Sepertimana Makhluk Lain


Tidak habis betegang urat pasal isu babi. PAS burukkan UMNO pasal isu babi, UMNO tuding PAS/PKR pasal isu babi juga. Orang-orang Melayu/Islam kita memang cepat melenting pasal isu babi. Sensitif betul perihal babi ini di telinga dan mata orang-orang kita.

Pada pandangan Penulis, kita wajar berpada-pada dan tidak keterlaluan memperkatakan perihal babi ini, sebab ‘babi juga makhluk Allah’. Diciptakan haiwan babi ke dunia ini sama sepertimana diciptakan jin, manusia serta segala jenis haiwan, dan tumbuhan. Babi-babi hidup di muka bumi ini menurut kehendak dan lumrah peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah. Sesungguhnya Allah tentu tidak menjadikan haiwan babi semata-mata untuk menjadi beban ke pada umat Islam.



Stereotype masyarakat Melayu Islam Malaysia sering mangaitkan haiwan babi dengan kekotoran, kehinaan, kekejian dan najis. Perlu kita ingat, bahawa Allah hanya mengharamkan babi untuk dimakan dan najis disentuh oleh umat Islam, namun tidak sesekali mengharamkan haiwan babi wujud di muka bumi yang mana memaksudkan haiwan babi patut dinafikan haknya di muka bumi Allah dan menidakkan hak bukan Islam ke atasnya.

Terlalu banyak kita mengaitkan babi dengan kehinaan, secara tidak langsung kita sedang menghina makhluk ciptaan Allah dan memperendahkan kebijaksanaan Allah yang berhak menjadikan sebarang kejadian makhluk berserta lumrahnya di muka bumi. Memang lumrah, babi hidup dan makan perkara yang kotor dan sifatnya najis berat ke atas tubuh umat Islam, maka cukuplah sekadar kita mengelakkan dari menjadikannnya makanan, mengelakkan sengaja menyentuhnya serta menjauhkannya dalam jarak yang munasabah dari tempat amal ibadah umat Islam.

Allah tidak mencipta haiwan babi semata untuk menjadi najis dan bebanan di dalam tamadun manusia khususnya tamadun Islam. Setiap kali timbul isu berkaitan babi, perkara pertama yang terlintas di dalam pemikiran orang Melayu Islam adalah pandangan jijik dan hina akan kejadian haiwan babi. Inilah yang perlu diperbetulkan di dalam minda orang-orang Melayu Islam kita.Walaupun babi bersifat najis, babi bukanlah makhluk hina.

Babi tidak diminta untuk dihina di dunia. Manusia gemar menggunakan namanya sebagai kata makian untuk menjatuhkan status dan menghina orang lain. Manusia gemar menggunakan namanya di dalam lawak-lawak bodoh. Manusia sering mempergunakan isu berkenaannya sebagai senjata politik untuk menuduh satu pihak yang lain tidak Islamik. Siapa sebagai contohnya ? Selepas satu, satu pihak mewakili masyarakat Islam meletup mengenai isu babi, bertegang urat tak sudah-sudah. Kesan daripada ini, masyarakat bukan Islam pula yang merasa sakit hati apabila melihat masyarakat Islam cuba mencampuri dan menganggu kebebasan budaya dan agama mereka.

Najis berat kepada umat Islam, tetapi adalah makanan kebiasaan bagi golongan bukan Islam. Normal kita berasa jijik dan janggal melihat seorang muslim menternak, menyentuh dan memakan babi. Walaubagaimanapun, perasaan ini tidak harus dibawa-bawa apabila memandang seorang bukan Islam pula menternak, menyentuh dan memakan babi. Perihal babi tidak najis dan tidak salah dari kaca mata budaya dan agama mereka, maka biarkanlah mereka dengan aktiviti mereka.

Walaubagaimanapun, masyarakat Melayu Islam ada hak untuk bersuara sekiranya terdapat potensi tinggi pendedahan unsur babi ke atas masyarakat Islam berhampiran. Sekiranya lokasi penternakan babi oleh bukan islam tertentu didapati terlalu hampir atau dalam jarak yang tidak rasional dengan petempatan masyarakat Islam, ada kewajaran perbincangan dan penyelesaian secara menang-menang dilakukan. Selagi jarak antara lokasi penternakan dan petempatan masyarakat Islam adalah rasional, logik dan rendah risiko pencemaran atau pendedahan, biarkanlah masyarakat bukan Islam dengan kebebasan budaya dan agama mereka.

Walaupun masyarakat bukan Islam bebas menternak babi, mereka wajar akur dengan peraturan kerajaan yang menghadkan lesen dan bilangan babi yang boleh diternak kerana di dalam sejarah Malaysia sendri, babi-babi adalah potensi membawa virus penyakit bahaya, virus Nipah.

Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa: Perspektif Yang Seimbang



Tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa yang menimbus berbelas banglo baru-baru ini menjadi bualan hangat rakyat Malaysia. Apapun, mereka adalah mangsa bencana alam yang berhak diberikan simpati demi rasa kemanusiaan. Atas alasan itulah, beratus-ratus sukarelawan dari pelbagai agensi kerajaan mahupun NGO berkejar ke tapak kejadian untuk membantu apa yang patut.

Penulis turut bersimpati, cuma di sini penulis ingin melontarkan beberapa pendapat:

1.Jika kita adalah mangsa yang mengharapkan bantuan, kita tidak patut sesekali bersikap 'demanding' dan 'high class' menentukan 'standard' dan sebanyak mana kita harus dibantu dan lagi tidak patut jika seterusnya kita mengamuk kerana tidak dilayan sedemikian, ibarat pengemis yang menentukan jumlah wang yang patut didermakan kepadanya. Sebagai mangsa, setiap bentuk pertolongan walaupun kecil harus dihargai dan disyukuri. Sekurang-kurangnya ada pihak yang membantu kita, lebih baik daripada langsung tidak dipedulikan. Biarkan mereka membantu mengikut usaha dan keikhlasan mereka. Jangan banyak complain ! Itu tandanya, tidak bersyukur/ungrateful.

2. Tindakan tuding-menuding jari seringkali berlaku apabila kejadian seperti di Bukit Antarabangsa ini berlaku. Tindakah 'blaming each other' ini tidak langsung mencerminkan pemikiran yang seimbang dan rasional, sebaliknya emosional. Kejadian tanah runtuh ini perlu dinilai dari perspektif yang pelbagai, bukannya hanya dari satu perspektif sahaja iaitu 'perspektif mangsa'. Tindakan meletakkan semua kesalahan ke bahu satu pihak adalah seperti menidakkan kesalahan dan kelemahan pihak lain dan diri sendiri. Dalam kes sebegini, ramai yang mengatakan MPAJ yang bersalah kerana memberi kelulusan projek. Pendapat sebegini adalah sempit. Dalam isu ini sebenarnya,ramai pihak yang bersalah iaitu pihak pengurusan pemaju, panel arkitek dan jurutera pemaju, panel jurutera pihak berkuasa tempatan, MPAJ dan termasuk juga penduduk-penduduk yang telah membuat keputusan membeli rumah di kawasan tersebut. Meletakkan beban kesalahan kepada satu-satu pihak bukan satu penyelesaian masalah yang baik dan holistik. Menilai dan memperbaiki kesilapan dan kelemahan bersama adalah langkah yang paling bijak.

3. Dalam isu tanah runtuh, kadangkala faktor alam lebih kuat daripada faktor manusia. maka, sebab itu kita tidak sebarusnya asyik menuding jari sesama sendiri, sebaliknya menginsafi kelemahan kita sebagai manusia dan lebih menghormati kuasa alam semulajadi. Bencana alam boleh bersifat 'unpredictable', tidak boleh dijangka oleh perancangan manusia. Seperti kes runtuhan Bukit Antarangsa ini, memakan masa 20 tahun untuk runtuh. Persoalannya siapa yang berjaya menjangkanya ? Penyelidikan jurutera dan arkitek bukan kuasa nujum, malah fenomena sains boleh berubah pada suatu masa yang tidak diketahui. Peristiwa sains alam boleh berubah, itulah hakikatnya. Keputusan saintifik yang kita dapat sekarang ada dua kemungkinan samaada akan terus kekal sama atau berubah hasilnya 20 tahun akan datang. Penulis berpendapat, kajian jurutera di Bukit Antarabangsa 20 tahun terdahulu mungkin mendapati bahawa kawasan sekitar tersebut diyakini selamat. Tiada siapa yang dapat menjangka secara 'accurate' 20 tahun akan datang BukitAntarabangsa itu akan runtuh ? Contohnya, penghuni blok bersebelahan runtuhan Highland Towers diarah mengosongkan bangunan dan berpindah ke kawasan selamat kerana dijangkakan kawasan tersebut amat berisiko mengalami keruntuhan. Sebaiknya apa yang terjadi sekarang ? Adakah 'prediction' atau jangkaan tersebut betul ? Semenjak 1993 hingga sekarang 2008, blok-blok itu masih berdiri seperti biasa.

4. 'Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.' Pepatah Melayu lama sudah memberi petunjuk jika kita mahu berfikir. Sebab itulah, penulis berpendapat bahawa pembeli-pembeli yang membuat keputusan membeli rumah di kawasan bukit harus menanggung sebarang kesan yang mungkin berlaku ke atas mereka kerana mereka awal-awal lagi mereka patut tahu bahawa mana-mana kawasan bukit sentiasa ada risiko.Walapun diyakinkan oleh kajian saintifik, kawasan berhampiran lereng bukit secara logiknya akan tetap berisiko, cuma kita tidak tahu bilakah tarikh tepat struktur tanah di situ akan lembut, rapuh dan runtuh. Apakah yang lebih penting, suasana yang cantik atau risiko keselamatan ? 'Kalau takut ditimbus tanah runtuh, jangan berumah di sekitar bukit'.

Zaid Dipecat Dari Umno: Dia Tak Boleh Salahkan UMNO Sepenuhnya











Pada pandangan penulis, Zaid Ibrahim tidak boleh menyalahkan UMNO kerana pemecatan mendadaknya dari UMNO akibat tindakan beliau menghadiri kongres rasmi PKR di Shah Alam baru-baru ini.

Di dalam sebuah sidang akhbar, beliau mengatakan bahawa beliau terkejut dengan tindakan UMNO memecatnya tanpa notis dan tanpa peluang memberi penjelasan. Beliau menyifatkan tindakan UMNO tersebut sebagai tidak mengikut lumrah organisasi.

Politik sama seperti dunia bisnes.Katakan ada dua syarikat; A dan B. A dan B adalah bertentangan antara satu sama lain dari segi dasar dan strategi bisnes atau dalam kata mudahnya mereka adalah musuh/pesaing sengit perniagaan. Tiba-tiba satu ketika dikhabarkan, salah seorang pegawai ternama di dalam syarikat A telah menghadiri sebuah majlis politikal syarikat B. Atas alasan 'dijemput', beliau menghadirinya tanpa meminta kebenaran rasmi daripada 'para bos' terlebih dahulu. Bayangkan, seorang pegawai ternama syarikat A berada di majlis politikal syarikat B sebagai tetamu VIP, mendengar dan menyaksikan syarahan dan ucapan politikal daripada musuh ketat bisnes. Ini ternyata menimbulkan persepsi dan perasaan yang janggal lagi meragukan. Sebagai pegawai yang lama di dalam syarikat A, beliau patut sedar akan tanggapan negatif yang bakal timbul di kalangan anggota syarikat A berikutan tindakannya itu.

Zaid sepatutnya sedar akan tindakan drastik yang mungkin dikenakan terhadapnya akibat menhadiri kongres besar-besaran PKR itu. Tiada apa yang patut diperjelaskan lagi kerana tindakannya telah terang-terangan menggambarkan 'attitude menentang parti'. Alasan 'sekadar menerima jemputan', tidak logik untuk diterima kerana tindakan berada bersama pemimpin-pemimpin pembangkang di majlis politikal PKR tanpa kebenaran UMNO dianggap sebagai simbol ketidaksetiaan terhadap UMNO secara umumnya.

Di dalam bisnes, seorang pekerja boleh dipecat tanpa notis oleh bosnya jika dia telah melakukan tindakan belot terang-terangan yang tidak perlu diperjelaskan. Secara logik, Zaid Ibrahim sepatutnya tahu bahawa tindakannya menghadiri kongres PKR tersebut tidak boleh diterima oleh majlis disiplin UMNO. Maka awal-awal lagi Zaid patut sedar akan kemungkinan pemecatannya secara mendadak dari UMNO.

DAP dan PAS Tidak Serasi: Pemimpin Di Dalam Pakatan Rakyat Pun Sedar

Rupanya bukan penulis sahaja yang sedar akan hal ini, malah sebilangan pemimpin di dalam Pakatan Rakyat pun sebenarnya sedar bahawa gabungan tiga komponen parti berbeza prinsip di dalam Pakatan Rakyat yang ada sekarang iaitu DAP dan PAS khususnya masih gagal membuktikan kesefahaman dan keserasian yang ikhlas, sehinggakan antara kita semua mampu memikirkan konflik-konflik prinsip dan idea yang bakal mencetus ketegangan di antara DAP, PAS dan PKR suatu hari nanti apabila Pakatan Rakyat berjaya merampas kuasa.

Understanding Fatwa In Malaysia: A Clarifying Message For Non-Muslim Readers. Whether PAS,PKR or UMNO, The Fatwa Would Be Basically The Same.

Sure Heboh 'Maksiat' ? Apa Pasal Pakatan Rakyat Tidak Sekat ?'

Satu lagi contoh yang membuktikan Pakatan Rakyat hipokrit setakat ini adalah festival Sure Heboh di Batu Kawan, Penang 22,23 Nov baru-baru ini.

Dahulu Penulis pernah duduk di Penang, di dalam khutbah Jumaat oleh imam 'PAS' di sebuah masjid yang Penulis pergi, imam tersebut menyebut lebih kurang begini di dalam khutbahnya "...perkara-perkara maksiat seperti Jom Heboh..." sambil secara simbolik menuduh kerajaan BN tidak Islamik kerana membenarkan perkara maksiat seperti Jom Heboh/Sure Heboh dilaksanakan di negeri-negeri di Malaysia.

Kini Pakatan Rakyat sudah mendapat kuasa di Perak, Selangor dan Penang. Peliknya, baru sahaja beberapa hari lalu Jom Heboh dilancarkan di Batu Kawan, Penang. Bukankah PAS adalah sebahagian daripada kuasa Pakatan Rakyat tersebut, apa pasal tidak timbul pun sebarang tunjuk perasaan, poster bantahan atau rusuhan membangkang Sure Heboh negeri Pulau Pinang ? Teringat lagi Penulis, di sebuah persimpangan sebuah pekan di Penang, terpampang satu banner besar menyebut sebegini, "...kerajaan Pulau Pinang , amal makruf nahi munkar.." dan gambar Lim Guan Eng serta beberapa ahli pakatan rakyat terpapar di dalam banner yang sama.

Dahulu, semasa UMNO/BN mengetuai negeri-negeri, ramai penyokong PAS naik minyak dan tidak habis-habis menuduh kerajaan UMNO tidak bertanggungjawab. Tetapi, bila kerajaan idaman mereka sudah mendapat kuasa sekarang, perkara yang sama masih lagi berlaku, tidak ada perubahan pun. Apa pasal melayu-melayu PKR dan PAS tidak bising ?

Penulis tertunggu-tunggu bilakah kerajaan Pakatan Rakyat ni akan mula mengharamkan program Sure Heboh ini di negeri Perak, Selangor dan Pulau Pinang. :P



*Artikel ini berkonsep politikal. Jom Heboh/Sure Heboh dan penganjurnya bukan fokus di dalam artikel ini.

Fatwa: The Ban Of Yoga In Malaysia: To Make This Clear..



Recently, National Fatwa Council has claimed that Yoga is banned for all Muslims in Malaysia. Panels in the Fatwa council decided to ban Yoga for Muslims as Yoga has been practiced since the ancient years as a devotion of mental, spiritual and physical to 'God' in Hinduism. Most importantly, this Yoga-banning Fatwa only refers to Muslims. Why should Muslims bother about the non-Muslims faith/devotion to their own religion ? Clearly, the term Fatwa specifically covers Muslims not non-Muslims, same like the Fatwa on Pengkid (woman dress like men). It is not a serious matter if the non-Muslims want to ignore any Fatwa, so hopefully no parties especially DAP, Malaysiakini, NGOs should turn this Fatwa thing into confusion among non-Muslims especially for political purposes especially as a way to blame UMNO for so-called religious oppression.(..because I expect this to happen..let's see..)

The banning of Yoga in Malaysia for Muslims is not because of the matter of its physical movements and activities although many says that Yoga has benefits to health but it is because Islam has a strict stand against any kind of activity that involve even a 'little' element or mixture of un-Islamic ritual. The council came out with the Fatwa solely based on the traditional Islamic perspective which seeing Yoga as having the historical part of Hidhuism.

Democracy In Malaysia. Demokrasi Di Malaysia. Apabila Keterbukaan Digalakkan, Kesederhanaan Dikikis..

Demokrasi lazim diertikan masyarakat kita sebagai kebebasan hak untuk bersuara, Penulis merasakan bahawa konsep demokrasi di Malaysia kini, sudah mula diheret keterlaluan sehingga mulai hampir melebihi batas-batas kesederhanaannya hinggakan sentimen kaum dan agama sudah makin berani ditimbulkan.


Persoalaannya, adakah wajar kita mebangkitkan segala-galanya atas nama demokrasi ? Is it appropriate to voice out ‘everything’ ? Apabila sahabat karib kita bertanyakan anda, “Kenapa, si gadis cantik tu tidak tertarik pada aku ? Aku tidak kacak kah ? Tidak ‘handsome’ kah ? Cakap pada aku !”. Jika di dalam situasi sebegini, apakah yang bakal anda katakan pada sahabat anda ? Adakah anda akan berterus-terang mengatakan bahawa dia sememangnya langsung tidak memiliki kekacakan rupa dan ketampanan tubuh kerana secara hakikat dia memang semulajadi tidak ‘menarik’. Atau anda akan berkata sebegini kepadanya, “Hmm..kau, OK je…aku tengok ! Berperibadi kemas, pembersih…baik hati.. Pasti ada perempuan yang akan suka pada kau nanti !”, kerana walapun anda sedar yang dia memang langsung tidak ‘handsome’ dan kacak, anda masih memikirkan sensitiviti perasaannya. Maka anda menyatakan yang benar tentangnya tetapi tidak menyatakan ‘keseluruhan’ mengenai keburukannya. Sekarang, penulis mahu anda kaitkan contoh di atas dengan persoalan demokrasi di bawah “ Di dalam satu-satu konteks situasi tertentu, adakah di atas nama demokarasi, kita wajar, patut dan sesuai untuk membangkitkan, meluahkan atau menyatakan segala-galanya ?”



Katakanlah yang benar itu walaupun pahit ? “Kau berhenti saja lah dari pertandingan tu, suara kau tak sedap..kau memang tiada bakat..” “Janganlah bermimpi nak mengurat si Siti tu, terus-terang aku cakap, dia takkan pandang kau punya…muka tak handsome, sekolah setakat PMR je..” “Bukan aku nak mengutuk kau, aku tahu kau minat jadi cikgu, tapi kau ni memang tak layak langsung jadi cikgu..” “Masakan mak tak sedap hari ini..”. Adakah anda akan benar-benar menyatakan yang benar itu walaupun ia pahit ?

Bayangkan suatu hari nanti rakyat-rakyat bukan berbangsa Melayu dan beragama Islam sudah sampai ke tahap berani mempersoalkan,asal-usul Melayu, azan sebagai gangguan ketenteraman, tulisan jawi tidak universal, tudung sebagai pengawalan terhadap wanita, murtad sebagai tiada kebebasan beragama, poligami sebagai bentuk penindasan dan masyarakat Islam pula membalas dengan mempersoalkan isu gereja, tokong, kuil, Bible dan sebarang etika hidup Kristian, Budhha dan Hindhu. Adakah ke tahap ini, barulah Malaysia mencapai pengamalan demokrasi yang sebenar ? Adakah ke tahap inilah baru masyarakat Malaysia layak dilabel sebagai demokratik, terbuka dan matang ? Inikah tahap demokrasi yang anda mahukan di Malaysia ?

Di zaman ini, kelihatan masyarakat kita berlumba-lumba untuk melahirkan generasi yang ‘vocal’ ‘voice-out’ ‘expressive’ iaitu generasi masyarakat yang tidak bimbang dan tidak gentar menyatakan dan meluahkan apa sahaja perasaan dan pemikiran terhadap isu-isu yang timbul.Generasi-generasi muda kita dididik menjadi ‘bakal-bakal peguam’ dan digalakkan untuk berani berdebat, mempertahan diri dan mempertikai orang lain. Tetapi, cuba kita fikir semula perkara ini. Adakah generasi yang bijak dan hebat dalam berfikiran membangkang dan bertingkahlaku ‘melawan’ (fight-back attitude & behavior), adalah praktikal dan bersesuaian dengan nilai, norma dan gaya hidup sebenar masyarakat Malaysia setelah sekian lama ?

Adakah masyarakat Malaysia benar-benar boleh menerima keterbukaan ? Jika Ya, sejauh mana terbukanya masyarakat Malaysia ? Praktikalkah konsep keterbukaan tersebut dalam kebanyakan konteks sosio-budaya seharian masyarakat Malaysia ? Seorang pensyarah yang sering menyebut-nyebut perihal keterbukaan di dalam kuliah kendaliannya, adakah beliau akan benar-benar terbuka bila dikritik dan dipertikai oleh seorang pelajarnya di depan pelajar-pelajar lain ? Adakah beliau akan membiarkan ktirikan itu dan ‘betul-betul’ dapat menerimanya dengan hati yang tenang dan ‘benar-benar’ terbuka ataupun hanya pada dasar sahaja beliau menggalakkan keterbukaan di dalam kuliah, sebaliknya beliau akan cepat menunjukkan tanda melenting, tertekan lalu berusaha menafikan segala kenyataan tentang keburukannya dan tidak mahu mengaku lemah di hadapan pelajar ?

Bolehkah konsep keterbukaan benar-benar sesuai diaplikasikan di sekolah-sekolah rendah dan menengah di Malaysia ? Bolehkah majoriti guru di sekolah menerima keterbukaan di dalam pengurusan bilik darjahnya ? Seorang guru memarahi dan menengking seorang pelajar di hadapan kelas di hadapan rakan-rakannya. Pelajar tersebut berasa sangat tertekan, seolah ingin mengatakan sesuatu secara lantang dan terang-terangan kepada guru tersebut pada waktu itu juga sebagai tanda protes dan luahan. Sekiranya pelajar tersebut betindak bangkit demi pendiriannya dan ‘melawan’ tindakan guru tersebut memarahinya, apakah perasaan awal yang akan bangkit di jiwa guru tersebut ? Kebarangkalian besar, guru tersebut akan terkejut dan bertambah marah, bukannya bersikap terbuka seperti yang sering dimomok-momokkan di dunia luar. Kemudian, katakan anda sedang bertengkar dengan sahabat anda dan situasi anda berada itu menjadi semakin tegang, adakah anda akan memilih untuk 'melawan balik' atau menahan perasaan dan 'be silent, be smart' ? Secara realiti, masyarakat Malaysia sebenarnya tidak terbuka dan tidak suka dipertikai, dilawan dan diperendah-rendahkan. Tanya diri anda diri anda sendiri secara jujur, adakah anda benar-benar terbuka ? Keterbukaan masyarakat Malaysia hanya di mulut sahaja kononnya dalam usaha untuk mengejar status masyarakat yang demokratik sejati.


Kini, memang jelas terdapat usaha untuk mengikis bentuk-bentuk kesederhanaan masyarakat dengan mula melihat bahawa kesopanan percakapan dan perbuatan tidak lagi relevan dalam komunikasi, tidak perlu takut dan bimbang pada sebarang sensitiviti. Pemimpin-pemimpin politik yang ‘kamikaze’, agressif dan lantang berdebat telah menjadi model ikutan golongan belia di mana kita dapat lihat kini pemimpin yang bermulut lancang, berkata pedih dan bersifap keras kepala kini menjadi cita rasa masyarakat Malaysia. Apa yang dahulu dikenali sebagai tidak sesuai dan tidak patut kini diterima dan disokong Di rata-rata IPTA tempatan, fahaman anti-pentadbiran/ anti-aspirasi kian menjadi hangat di kalangan golongan muda mahasiswa. Golongan muda Malaysia kini menjadi hangat minda dan emosi mereka akibat sogokan politik luar. Berselindung disebalik nama pro-mahasiswa, sebenarnya fahaman ini lebih kepada medium luahan/ekspresi ‘rebel’ dan pemberontakan jiwa muda siwa-siswi. Tidakkah anda sedar akan suatu ‘pattern’, di mana-mana institusi pendidikan menengah atau tinggi di dunia, berani dikatakan bahawa kebanyakan golongan mudanya tidak suka pada barisan guru, pentadbiran dan persekitaran sekolah secara umum. Jangan terkejut suatu hari nanti, akan bertambahnya pelajar yang berani melawan dan mempertikai arahan guru, sengaja berani mencari kelemahan guru dan memperendah-rendahkan guru, pelajar tidak hormat para guru, pemimpin dan sebagainya. Lihatlah betapa besar dan kuatnya pengaruh keterbukaan di dalam politik kepada perubahan sistem nilai msayarakat Malaysia kini.

Perhimpunan Pertikai Fatwa ? Inilah Freedom Of Speech, Hasil Didikan Pakatan Rakyat. Suatu Perubahan Minda..

Sekali lagi ini dapat membuktikan betapa hipokrit dan tidak ikhlas keserasian yang sering di'brain-wash' kepada rakyat melalui Harakah, MalaysiaKini, Siasah dan sebagainya kononnya antara penyokong-pejuang DAP dan politik KeIslaman PAS. Macam manakah agaknya PAS ingin laksanakan Hudud, penerapan unsur-unsur Islam dan lain-lain peraturan 'conservative' di Malaysia suatu hari nanti kononnya setelah berjaya menumpaskan UMNO yang kafir, sedangkan sekarang ini, kedudukan dan fungsi Majlis Fatwa (pengatur hukum/peraturan Islam) dan juga erti kata peraturan Islam itu sendiri telah berani dan terang-teranggan ditentang, dipertikaikan dan dilabel 'narrow-minded' dan 'stupid' oleh golongan bukan Islam yang berfikiran liberal, feminis dan sekular. Fenomena ini semakin ketara semenjak DAP kian kuat pengaruhnya terhadap Masyarakat Malaysia sekarang.

Kalau Majlis Fatwa di bawah pemerintahan kerajaan BN yang dilabel sendiri PAS sebagai tidak Islam sepenuhnya pun sudah terang-terang dipertikaikan bukan Islam, (Penulis yakin ramai di antara mereka penyokong DAP) apatah lagi bila PAS sudah mula meletakkan sepenuhnya paksi KeIslamannya ke dalam pelbagai perkara di Malaysia. Di bawah kerajaan PAS nanti sudah pasti akan lebih banyak peraturan Islamik dan Fatwa yang akan dikeluarkan ke seluruh Malaysia. Bayangkan.

Lihat sahajah video di bawah. Tidakkah tunjuk perasaan sebegini akan lebih teruk lagi berlaku bila PAS berkuasa ataupun pada ketika ini nanti, DAP dan PAS akan sama-sama 'main tarik tali' ?

Siapa yang buat liputan ini ? 'Malaysiakini'; saluran perdana Pakatan Rakyat sendiri. Siapa pula yang anda fikir dalang atau tukang hangatnya ? Sudah tidak syak lagi, para pejuang berideologi DAP (mereka sudah lama tidak setuju dengan konsep Islamic State). Sengaja nak menghentam BN supaya BN dilabel rakyat bukan Islam sebagai unsur penindasan kaum dan agama. PAS pula akan terus lebih teruk mengutuk UMNO/BN sebagai tidak Islamik dan bermain 'marah-marah sayang ' dengan sahabat karibnya,DAP. MalaysiaKini ni, apa agenda sebenarnya pulak ? Macam tidak pro-Islam je (pada pendapat penulis) Hipokrit sungguh !


Lihat video di bawah, di ambil, dari YouTube:



Penulis mempersoalkan di manakah pengetahuan am peserta-peserta protes di dalam video tersebut. Takkan tidak tahu 'fatwa' itu khas buat orang-orang yang beragama Islam sahaja. Sepatutnya rakyat-rakyat yang seumur mereka sudah tahu serba sedikit akan pengetahuan am ini. Adakah mereka benar-benar 'ignorant' dan tidak faham ? Atau mereka sengaja berbuat tidak faham, kerana agenda politik tertentu (perancangan politik memalukan UMNO). Fatwa adalah ditujukan hanya untuk orang-orang Islam sahaja, jika mereka 'ignore' pun tidak mengapa. Nampak jelas, mereka sumua bukanlah beragama Islam, jadi Penulis tidak nampak langsung ke'relevan'an protes mereka ini.

Bagi penulis, protes ini adakah keterlaluan dalam konteks mayarakat berbilang kaum di Malaysia. 'Freedom of Speech' sewajarnya tidak sesuai dengan nilai masyarakat Malaysia. Selepas tulisan jawi, kumandangan azan Subuh diprotes dan dipertikaikan segolongan bukan Islam (DAP), sekarang sudah mula nampak bibit-bibit bangkangan yang semakin bersifat 'protes-berkenaaan -nilai-keagamaan' di Malaysia. Apa yang amat merisaukan adalah apabila amalan keterbukaan sebegini makin membuak di dalam jiwa muda-mudi bukan Islam untuk makin berani membuat forum terbuka, tunjuk perasaan dan perbincangan yang mempertikai dan seterusnya memprotes nilai dan amalan keagamaan masyarakat Islam. Amalan demokrasi sebegini adalah ternyata di luar batas kesederhanaan masyarakat Timur.

Perjuangan berbentuk sebegini pasti ada inspirasinya. Idola yang menjadi rujukan dan contoh yang menghangatkan jiwa dan mendorong ke arah pendekatan politik yang terlalu berani, lantang dan tidak-sensitive. Siapakah idola-idola mereka ? Anda pasti tahu.

PAS sibuk ingin menjatuhkan UMNO, kononnya UMNO tidak Islamik dan liberal. PAS menentang sebarang bentuk liberalisme, sedangkan pejuang-pejuang kehidupan liberal melambak-lambak di dalam Pakatan Rakyat itu sendiri. Musuh dalam selimut.

Kefahaman: Rukunegara Ke-2 Dan Konsep Ketuanan Melayu. Pertikaian Hak Atau Tanda Pudarnya Patriotisme


Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut, atas prinsip-prinsip yang berikut.

Kepercayaan kepada Tuhan,

Kesetiaan kepada raja dan Negara,


Adalah satu kemestian dan juga kewajiban bagi setiap individu yang tertulis ‘Malaysia’ sebagai kewarganegaraannya untuk mempercayai dan mematuhi kelima-lima prinsip rukun Negara. Jika setiap institusi dan badan korporat ada kod etikanya dan sekiranya ada di antara ahlinya yang menafi dan mengingkari kesemua atau sebahagian daripada kod-kod yang dipersetujui itu, maka dia boleh dianggap sebagai hilang ‘sense and criteria of belonging’ terhadap organisasinya.

Sejak akhir-akhir ini, isu pertikaian ketuanan Melayu kerapkali digembar-gemburkan. Parti majoriti bukan Melayu DAP adalah contoh parti politik berfahaman demokratik sosialis yang amat jelas bersungguh-sungguh menentang konsep ketuananan Melayu di Malaysia. Kita bebalik semula kepada prinsip rukun Negara yang kedua’ Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara’. Prinsip rukunegara ini amat jelas menggambarkan kedudukan istimewa kaum bumiputera Melayu di Malaysia. Kenapa penulis berkata sebegini ? Baiklah; Siapakah Raja-Raja di setiap negeri di Malaysia ? Siapakah Yang Dipertuan Agung Negara kita ? Apakah kaum dan agama Raja-Raja dan Yang Dipertuan Agung Negara di Malaysia ? Ya, Melayu…Islam. Ada pula golongan Melayu yang ingin memenangkan DAP membidas UMNO dengan mengatakan bahawa Islam bukanlah agama rasmi Malaysia tetapi adalah agama utama Malaysia. Bukankah kita sudah pelajari dalam sejarah bahawa agama raja adalah agama rasmi negara dan rakyatnya. Oleh itu, sah Islam adalah agama rasmi Malaysia. Ini sudah lama jelas. Mengapa masih terdapat pihak-pihak yang sengaja mempertikaikan? Yang memperjuang dan yang menyokong ada agenda tersendiri.

Parti berfahaman sosialis seperti DAP menuntut hak sama rata di Malaysia dalam aspek kuasa politik khususnya. Adakah kenyataan ini enak bunyinya ? DAP menentang konsep ketuanan Melayu dan negara Islam di Malaysia sedangkan ahli-ahli dan pemimpin-pemimpinnya mengaku rakyat Malaysia, menyanyikan lagu Negaraku, mengaku menghormati Jalur Gemilang. Sedarkah mereka pada setiap simbol negara itu (bendera,jata Negara, lagu kebangsaan, rukunegara) terkandung makna tersurat dan tersirat yang memaksudkan kaum Melayu sebagai ketua dan agama Islam sebagai agama diraja atau rasmi Negara.Tidak percaya ? Sila kaji kembali maksud di sebalik keris-keris di dalam jata negara, bulan dan bintang serta warna kuning di dalam bendera kita.

Mereka berpendapat bahawa konsep negara beraja dan ketuanan sesuatu bangsa adalah tradisional kuno dan kini tidak lagi relevan dalam keadaan dunia yang semakin menuju ke arah liberalisasi dan sekularisme. Pemimpin-pempimin politik Cina dan India di dalam DAP bercita-cita menjadikan Malaysia sebagai ‘Malaysian Malaysia’ yang tidak menjadikan mana-mana kaum dan agama sebagai utama. Adakah perancangan ini wajar, logik dan sesuai dengan keadaan politik sosial Malaysia sebenar secara umumnya ? Jika orang-orang Cina dan India DAP masih degil dengan usaha mendemokrasikan Malaysia ke tahap segini, situasi sebenar bukanlah mudah seperti yang dilaung-laungkan oleh hero-hero mereka. Untuk merealisasikan impian ‘Malaysian Malaysia’ yang ‘pure’, ketuanan Melayu perlu dimansuhkan daripada Malaysia; bermakna institusi beraja dan Agong tidak lagi relevan dan juga perlu dimansuhkan kerana institusi beraja adalah simbol keketuaan ‘leadershipness’ bangsa Melayu dan Islam. Malaysia yang ‘pure’ demokratik pada pandangan parti sosialis adalah ‘ a nation without a monarchy’, sebuah negara tanpa monarki raja. Negara-negara seperti USA, China, Singapura adalah negara idaman parti sosialis seperti DAP. UMNO sering dituding sebagai ‘master’ di sebalik ketuanan Melayu ini. Persoalannya sekarang bukan UMNO. Persoalannya, adakah majority orang Melayu dan pemimpin Melayu di Malaysia akan bersetuju dengan dan berdiam diri dengan pemansuhan total ketuanan Melayu ? Malah, di dalam Pakatan Rakyat yang dikatakan demokratik itu sendiri, wakil Melayu beragama Islam yang akan menjadi ketua/leader di antara mereka samaada rela atau tidak. Buktinya, siapa yang menjadi Menteri Besar Selangor dan Perak ? Siapa yang disuarakan sebagai ketua Pakatan Rakyat ? Ini membuktikan sebenarnya, Melayu PAS dan PKR sebenarnya masih berjiwa ketuanan Melayu (Islam) walaupun mereka bersekongkol dengan DAP. Masih begitu ramai lagi Melayu yang 'tradisional' di Malaysia ini termasuklah yang berada di dalam PKR dan PAS yang kononnya mengaku tidak mementingkan keketuaan bangsa, sebaliknya agama. Bolehkah mereka menerima politik yang benar-benar terbuka ?

Diam-diam ubi berisi. Diam-diam Melayu PAS dan PKR, hipokrit. Bagaimana golongan Melayu PAS dan PKR seolah nampak selesa dan sefahaman dengan pemimpin bukan Melayu DAP yang tidak henti-henti mempertikaikan status ketuanan Melayu dan negara Islam. PAS adalah yang paling hipokrit di dalam hal ini. Pemimpin-pemimpin politik PAS menampakkan diri mereka mesra dengan pemimpin politik bukan Islam, malah memenangkan mereka jika dibidas UMNO dalam beberapa isu walaupun PAS sedar akan dasar liberal dan anti-theological yang dibawa DAP yang sentiasa risau akan sistem politik dan pendidikan Malaysia menjadi makin Islamik. Mustahil PAS tidak sedar akan pertentangan dasar ini ? Semenjak sebelum terlibatnya PKR di dalam pilihan raya umum, PAS dan DAP hakikatnya tidak pernah ‘ngam’ dan sepadan. Megah dan teguhnya PAS dengan paksi politik keIslamannya dari dahulu sehingga kini di tanah Malaysia ini, bukankah kerana ketuanan Melayu ? PAS begitu besungguh-sungguh dengan maltlamat penubuhan negara Islamik dan pelaksanaan Hududnya sehingga kini masih tidak mengubah asas perjuangan mereka walaupun sudah ‘berkahwin’ dengan DAP dan PKR. Apakah alasan konkrit untuk PAS mempertahankan paksi perjuangan politik mereka seandainya suatu hari dipertikai dan dicabar golongan bukan Melayu DAP atau PKR ? Besar kemungkinan PAS akan lantang mempertahankan bahawa agama Islam berhak mengetuai negara dan diberi posisi utama memerintah Malaysia berbanding agama lain dan kemudian PAS akan menyejukkan keadaan dengan idea PAS Untuk Semua nya. Jika bijak-bijak pandai DAP mempersoalkan manakah bukti dan ‘blue-print’ nya, bagaimana pula ? Perlu diingat bahawa hanya satu alasan kukuh untuk mempertahankan kedudukan umat Melayu Islam di Malaysia adalah ketuanan Melayu, kerana sejarah negara boleh membuktikannya. Terdapat pendapat awam mengatakan bahawa Islam lebih penting daripada Melayu, ketuanan Melayu adalah kepentingan UMNO bukan kepentingan orang-orang Islam di Malaysia. Munasabahkah kenyataan ini ? PAS masih kukuh dengan perjuangan politik Islamnya adalah kerana pengaruh langsung dan tidak langsung ‘ketuanan Melayu ‘yang dipertahankan UMNO di Malaysia. Banyak terdirinya masjid,surau, pusat zakat dan pengurusan haji di Malaysia adalah kerana ketuanan Melayu.Hanya seruan (azan, doa) agama Islam diutamakan dan dibenarkan di media-media utama negara dan majlis-majlis rasmi kerajaan adalah kerana ketuanan Melayu. Semuanya adalah kerana ketuanan melayu yang dihina-hina oleh DAP dan disokong oleh Melayu PAS dan PKR.

England, Thailand dan Malaysia adalah contoh-contoh negara yang masih mempertahankan institusi beraja walaupun zaman semakin moden dan terbuka. Sesebuah institusi apatah lagi negara memerlukan kuasa yang ‘upmost’ atau yang tertinggi yang tidak mudah dipertikaikan. Begitulah peranan institusi raja, sebagai simbol penyatuan pelbagai golongan rakyat yang berbeza kaum, agama dan haluan politik. Kuasa rakyat dan kerajaan tidak boleh dijadikan kuasa tertinggi kerana pada zaman kini kuasa kerajaan boleh dipertikai dan diabaikan sewenang-wenangnya. Kewujudan institusi raja berpernanan sebagai simbol dan maruah negara selain daripada fungsi panji kebangsaan. Instutusi raja jugalah sebagai tempat pasukan polis, tentera dan rakyat meletakkan kesetiaan apabila tercetusnya perperangan.

Berbalik kepada konteks Malaysia. Adakah kita patriotik, jika kita menolak kesetiaan kepada raja dan sebaliknya kita memilih untuk memihak kepada pihak yang memperjuangkan kepentingan lain. Kita berkejaran mahu menjadikan Malaysia liberal dan demokratik seperti Singapura. Kita mahu jadi seperti China yang telah lama memansuhkan zaman dinasti mereka. Kita mahukan ‘freedom of speech’ diamalkan di Malaysia seperti yang dilakukan masyarakat ‘open-minded’ Barat. Kita mahukan ekspresi pendapat yang lantang, terbuka dan agresif, tidak mahu lagi cara yang sopan dan bertatasusila. Kita tidak mahu hidup dilingkungi undang-undang dan peraturan yang mengawal, sebaliknya kita mahu ‘human rights’ secara total. Segala-galanya tentang keterbukaan dan kelantangan yang kadang-kadang tidak langsung mempedulikan sensitiviti dan kestabilan kaum dan agama di Malaysia. Kerana ingin memenuhi tuntutan ‘human rights’, kita beransur-ansur membuang rasa malu, rasa sensitif dan rasa peduli di dalam diri kita. Keterbukaan dan kelantangan sebegini tidak sepatutynya dibanggakan jika hasilnya perpaduan kaum dan agama antara kita menjadi rosak dan masyarakat kita hidup dalam permusuhan.

Golongan bukan Melayu yang menentang atau menidakkan ketuanan Melayu harus menanyakan persoalan-persoalan ini kepada diri mereka; Adakah anda sedar akan kewujudan insitusi beraja dan agong di Malaysia ? Adakah anda menghormatinya dan mempunyai rasa rendah diri padanya tidak kira apa pun kaum dan agama anda ?(Kita akan merendahkan ego kita di hadapan orang yang kita hormati ). Jika hati anda terlintas mempertikaikan kedudukan dan peranan raja dan agong di Malaysia, adakah kerana mereka itu simbol ‘ketuanan Melayu dan Islam’, maka kerana itu anda rakyat Malaysia yang (tidak berbangsa Melayu, tidak beragama Islam) kurang rasa hormat dan tidak mahu bersatu di bawah naungan mereka. Adakah anda malu dan rasa tidak senang simbol-simbol kemelayuan dan keIslaman di dalam Jalur Gemilang dan mahu ia ditukarkan? Adakah anda terlintas untuk mempertikaikan ke’relevan’an perkataan ‘Malay’ di dalam Malaysia dan patut diutukarkan kepada perkataan yang lebih global ? Persoalan-persoalan ini boleh menilai serba sedikit sejauh mana patriotik dan nasionalis anda kepada Malaysia ?

Ketuanan Melayu di dalam rukunegara bukan bermaksud kaum Melayu harus lupa diri atau riak dengan kedudukannya. Jika ini berlaku, ia juga tidak wajar. Cuma apa yang penulis ingin tekankan di sini ialah tidak perlu lagi mana-mana bukan Melayu mempersoalkan ketuanan Melayu di Malaysia kerana ianya benar-benar warisan sejarah, bukan rekaan UMNO.

Rakyat Patut Takut Pada Rakyat



Sedarkah anda bahawa banyak kerosakan di dalam negara-negara di dunia ini bukan berpunca dari Tuhan. Sebaliknya, banyak kehuru-haraan, peperangan, persengketaan kaum dan agama, kerosakan harta benda yang terjadi disebabkan oleh RAKYAT negara itu sendiri. Rakyat, samaada mereka sedar tetapi sengaja berbuat tidak sedar ataupun nyata tidak sedar dan leka dengan api perjuangan yang diyakini suci, satu demi satu mencetuskan kerosakan fizikal, ekonomi dan sosial di negara mereka sendiri yang akhirnya membawa negara mereka ke tahap kehancuran yang mengakibatkan penyesalan yang terlambat.

Sesungguhnya, RAKYAT mampu merosakkan negaranya sendiri dalam sehari tetapi jika RAKYAT ingin membina negaranya semula seperti sediakala, berpuluh-puluh tahun lamanya.

Politik Memang Hipokrit...Nak Berkuasa Punya Pasal..



Sumber: http://lolongansejati.blogspot.com

PKR Dan Pengikut-Pengikut Yang Taksub Pemimpin

Poster Gergasi Anwar Ibrahim di Batu Caves. Inilah bukti politik ketaksuban kepada individu tertentu. Semenjak dahulu lagi, bermula dari awal penubuhan PKR, kebanyakan pengikutnya adalah 'fans' Anwar Ibrahim semenjak beliau berkhidmat dalam kerajaan dahulu. Juga kini, boleh dianggap ramai rakyat Malaysia yang menyokong PKR bukanlah 'pure' atau 'tulin' kerana Malaysia, tetapi kerana minat dan suka kepada beliau. Kebanyakannya kerana 'fanaticism' kepada pemimpin. Lihatlah sahaja sendiri di bawah. Gambar tersebut mencerminkan sejauh mana taksubnya penyokong-penyokong PKR terhadap pemimpinnya.

Jika dahulu, Tun Dr. Mahathir pernah digelar 'firaun' oleh orang-orang PAS. Jika dahulu sewaktu di Terengganu, PAS heboh dan rakus untuk merobohkan replika penyu di bulatan ladang atas alasan 'menyamai berhala' dan sekarang, mana orang-orang PAS Selangor...Batu Caves..? Ramai-ramailah ajak pergi robohkan poster gergasi tu..! Kenapa main marah-marah sayang sahaja..? Kenapa..? Sebab PKR kawan PAS kan.. ?



Logik Ke Golongan Macam Kami Sokong BN? Kami Pangkah PKR La Weii..

HuruHarakah ?

Utusan Meloya, Berita Hairan, TV3 Suku itulah gelaran yang diberikan kepada media arus perdana atau boleh dikatakan media propaganda kerajaan BN, atas alasan berita yang mereka khabarkan lebih merupakan propaganda dari UMNO/BN. Tetapi bagaimana pula pesanan yang ingin disampaikan oleh Harakah? Keadilan? Apakah mereka juga bukan alat propaganda PR?

Baru-baru ini saya terserempak dengan sebuah forum yang sememangnya pro-UMNO. Sebuah tajuk telah dibuka berkisar tentang harga minyak runcit yang kerajaan sepatutnya beri kepada rakyat. Setelah puas menanyakan soalan kepada pembuka tajuk tersebut, didapati pembuka tajuk tersebut hanya pandai "cut & paste" maklumat yang didapati daripada Harakah. Lidah rasmi PAS.

Berikut merupakan formula yang telah dihebahkan kepada umum oleh Harakah.

Harga Minyak Global 1 Tong = USD 92.70 (bersamaan dengan RM 319.82)
1 Tong bersamaan dengan 159 liter
Nilai Ringgit sekarang berbanding Dolar = RM 3.45
Harga satu liter > RM 319.82 / 159 liter = RM 2.01

Subsidi kerajaan = RM 0.30
Harga sepatutnya > RM 2.01 - RM 0.30 = RM 1.71 (harga sepatutnya)
Harga sekarang = RM 2.45 sen

Beza kerajaan tipu Rakyat Malaysia = RM 2.45 - RM 1.71 = RM 0.74 per liter.


Formula yang diguna pakai oleh Harakah lebih kurang sama dengan formula yang saya gunakan, boleh rujuk semula disini. Terdapat beberapa ralat didalam formula Harakah tersebut.
  1. Tiada kos pengangkutan dan lain
  2. Harga minyak mentah global bukanlah $92.70/tong
Mungkin ada yang bertanya dimana saya mendapat kos pengangkutan tersebut? Dimana sumber saya bagi formula tersebut? Ianya dari akhbar TheStar, sehari sejurus kerajaan menaikkan minyak secara mendadak. Dan mungkin juga ada yang akan berkata harga $92.70/tong itu adalah harga minyak mentah yang PERNAH menjunam dahulu dan bukan harga sekarang.

mase artikel ni ditulis memang minyak masih di bawah USDS100..tetapi sejak bape hari lepas minyak mengalami kenaikan sedikit..so harga skrg tidak sama...

Untuk rekod, artikel tersebut ditulis dan terbit pada tanggal 25 Sept 2008. Harga tertinggi minyak mentah pada tarikh tersebut adalah $108.55 dan harga PALING rendah adalah $103.35.



Persoalannya bagaimana Intan Abdullah(penulis artikel) mendapat harga $92.70/tong? Atau beliau ingin mengelirukan pembaca? Atau beliau ingin menghasut pembaca supaya lebih membenci kepada kerajaan?

Sesungguhnya kalau orang munafik dan mereka yang dihatinya ada penyakit dan penggempar-penggempar (penghasut-penghasut) di Madinah tidak menghentikan (kegiatannya) sudah tentu kami akan perintahkan engkau menyerang mereka, kemudian mereka tiada dapat tinggal berjiran dengan engkau kecuali sementara waktu saja.


- al-Ahzab:60
Jika tiada logik pada harga tersebut, saya fikir artikel Harakah tersebut juga tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk mengatakan kerajaan menipu rakyat Malaysia. Dan ini menunjukkan berita ini hanyalah satu fitnah dah propaganda dari mereka yang tidak bertanggungjawab.

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.


- al-Hujurat:6
Banyak lagi kes kita boleh lihat bagaimana Harakah cuba menyembunyikan fakta atau berita yang menyelebelahi kerajaan. Lihat sahaja kes ahli Keadilan(muslim) baru-baru ini yang telahpun mengaku mengadakan zina,

Saya telah diberikan seorang wanita China oleh Mohammad Imran dan pada malam tersebut saya telah melakukan hubungan seks dengan wanita itu di dalam sebuah bilik di Sri Sayang Apartment.


Adakah Harakah menerbitkan berita tentang perihal tersebut? Tidak. Kerana apa? Malu atau takut rakyat tahu perangai sebenar pejuang dan pemimpin PR? Adakah ini ketelusan didalam PR? Menutup segala keburukkan yang terang lagi tersuluh.

Suara keadilan, sebuah lagi akhbar terbitan PKR juga pernah memfitnah Musa Hasan yang kononnya beliau lumpuh dan berada dalam keadaan nazak selepas menjalani pembedahan pintasan koronari(rujukan: malaysiakini), tetapi apa cerita sebaliknya? Sama sekali tidak benar.

Dalam edisi terbaru Suara Keadilan, kami telah menerbitkan pembetulan dan menarik balik berita mengenai kesihatan Ketua Polis Negara.


Jadi mereka ini juga boleh dikatakan sebagai agen propaganda PR dan bukannya media yang telus. Saya berharap sangat jika Harakah(atau kita patut panggil Haprakah: Lidah bercabang PAS?) lebih telus dan menerbitkan berita yang kualitinya tinggi supaya suatu hari nanti boleh menggantikan media perdana. Janganlah pandai mengkritik orang lain tetapi tidak sedar diri sendiri pun tidak betul dan cuba menyembunyikan perkara buruk diri sendiri.

"Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak"


Sumber Artikel: http://wacanapascapru12.blogspot.com

Mana Perginya Mulut-Mulut Laser PAS ?


Lagi Mengapa Kita Harus Sokong Pakatan Rakyat ?

Dulu..dulu...masa kempen sebelum memerintah, mereka kaitkan BN 'famous' dengan penternakan babi...kata mereka, kalau UMNO memerintah, babi banyak..


Sekarang...bila mereka memerintah...boleh pula menternak babi...toleransi kaum kata mereka..

Mengapa Kita Harus Sokong Pakatan Rakyat ?



Sebuah gambar lebih bermakna daripada beribu perkataan..

Who Cares About That DAP ? Malaysia Tetap Negara Islam



*Klik Gambar Untuk Lebih Jelas

"Pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh hari ini mendesak PAS supaya menggugurkan agenda parti itu untuk menubuhkan negara Islam.."
Sumber: Malaysiakini (Klik Untuk Baca Penuh)

Pendirian Anti-Kerajaan dan Psikologi Golongan Rebel


Sebagai analogi, bayangkan sebuah sekolah menengah. Ibaratkan sekolah itu sebagai satu ‘institusi negara’, menyerupai Malaysia. Di dalam ‘negara’ itu seorang pengetua akan menjadi authoriti paling atas yang memerintah sekalian ‘rakyat’ (para pelajar). Perdana Menteri (pengetua) tersebut akan dibantu oleh barisan ‘menteri kabinet’nya sendiri yang akan memikul peranan dalam bidang-bidang yang ditentukan.‘Kabinet’ ini dianggotai oleh guru-guru.Pelbagai fungsi dipikul oleh ‘kabinet’ ini seperti kewangan, pendidikan, protokol dan tingkahlaku disiplin.
Guru disiplin pula berfungsi sebagai menteri hal ehwal dalam negara atau juga menteri pertahanan, atas sedia maklum bagi menghadapi segala kemungkinan salahlaku pelajar yang keterlaluan. Beberapa kelompok pelajar direkrut sebagai badan pengawas yang berfungsi sama seperti badan peguatkuasa kerajaan.

Jika di dalam konteks negara sebenar, kerajaan yang sedang berkuasa menerima pelbagai reaksi berbeza,positif atau negatif daripada para rakyat, serupa jugalah dengan ‘kerajaan mini’ di sekolah. Ada ramai ‘hamba rakyat’ yang 'ok' dan tidak bermasalah dengan pihak pentadbiran yang wujud di sekolah mereka tetapi ada juga ramai ‘hamba rakyat’ yang berasa tidak cocok dan tidak senang hati dengan sebilangan 'kabinet' guru. Berbalik kepada asas, politik sebenarnya banyak melibatkan soal keserasian, kepercayaan dan kesukaan terhadap sesuatu pihak. Soal mengapa satu-satu individu kurang suka dan tidak rasa serasi dengan seseorang dan sebaliknya menyukai seseorang yang lain sering kali subjektif dan abstrak.

Di dalam sekolah yang dianggap sebuah negara itu sudah pasti tidak selalunya tenang, kadang kala atau kerap kali, ribut boleh melanda. Di kalangan ratusan atau ribuan hamba rakyat ‘negara’ itu, tidak semuanya ‘skema’ dan gemar mematuhi arahan dan perlembagaan ‘negara’. Bak kata pepatah, ‘Dalam setandan pisang, tidak semuanya elok’. Ramai juga di kalangan hamba rakyat di situ yang berpendirian ‘rebelious’ atau kata mudahnya ‘jiwa memberontak’. Maklumlah darah muda dan hangat, jiwa ingin menentang dan terus menentang. Lawan guru, lawan pengawas. “Fight ! Fight” istilah mereka.

Teringat di sekolah, ketika para pelajar lelaki berbaris keluar dari perhimpunan sebelum menuju ke kelas, pengawas-pengawas yang ditugaskan melakukan ‘spot-check’ selamba sahaja dipandang dengan ekor mata serta diludah pelajar-pelajar tertentu. Caci makian dan tuduhan ‘berlagak dengan kuasa’ perkara biasa yang menjadi bualan ‘hamba rakyat’, malah ada juga yang sengaja mencabar kesabaran, “Kau ingat kau pengawas aku takut. Kau ingat pengawas berdiri belakang cikgu aku takut. Aku tak takut lah !” kata sebilangan hamba rakyat.

Semakin ramai, semakin banyak ragam dan perangai. Banyak di antara ragam itu adalah yang buruk dan busuk. ‘Hamba rakyat’ yang bermasalah kes juvenile satu hal. ‘Hamba rakyat’ yang ‘anti-pentadbiran’ pun satu hal juga. Konsep ‘anti-pentadbiran’ di sini samalah juga dengan apa yang dikonsepkan dengan ‘anti-government’,cuma di sini, kerajaan yang berkuasa di sekolah merujuk kepada pihak pentadbiran yang sedang mentadbir pada ketika itu. Maka, pendirian 'anti-kerajaan' boleh bermula dari 'anti-pentadbiran' di sekolah atau institusi pengajian tinggi.

Di luar sekolah, pendirian anti-government lazimnya akan ditujukan kepada sesebuah parti politik yang sedang berkuasa pada saat dan ketika itu. Apakah parti tersebut menjadi soal kemudian. Contohnya, di Negara A, parti NB sedang berkuasa, maka secara logiknya, kerajaan NB lah yang akan dicabar dan dihentam dengan fahaman ‘anti-government’ yang wujud. Sebaliknya, jika parti NC sedang berkuasa ketika itu, kerajaan NC pula akan menjadi sasaran ‘anti-government’. Maka di dalam konteks Malaysia sekarang, sebarang fahaman ‘anti-government’ secara automatik akan merujuk kepada BN, kerana BN adalah ‘government’ yang sedang dalam kuasa. Tuahnya, PAS, PKR dan DAP bukanlah parti politik yang sedang dalam kuasa, maka mereka ‘terselamat’ menjadi sasaran ‘anti-government’ ini dan juga mangsa kepada keadaan semasa yang menekan.

Pendirian anti-kerajaan bersifat primitif lahir dari dalam individu yang tidak suka dikongkong. Ia amat mudah dipengaruhi oleh peristiwa dan tekanan semasa seperti kenaikan harga minyak sedunia dan peningkatan taraf hidup. Maka sebab itulah pernah munculnya satu kefahaman yang digelar ‘anarchy’.

Sebenarnya, terdapat di dalam setiap individu manusia sejenis naluri yang bersifat ‘thanatos’. Secara kasarnya ia naluri kepada kemusnahan dan di dalam sebilangan individu ia menyerlah. Erti kemusnahan tersebut adalah subjektif. ‘Thanatos’ di kalangan ‘pelajar-pelajar’ sekolah dalam satu sudut boleh diterjemahkan sebagai keiingin untuk mencabar dan mempertikai kuasa pentadbiran sekolah yang sedia ada. Teruk lagi apabila mereka mengambil Che Guavera sebagai idola mereka sepertimana yang sering ditampal di fail dan beg sekolah mereka. Ditambah lagi hari-hari di luar sekolah mereka mendengar lagu-lagu yang bermainkan kata “ Fu#k government ! Fu#k government ! Kebencian mereka terhadap kuasa yang memerintah mereka semakin membuak. Tetapi di dalam konteks ‘kerajaan sekolah’, siapakah pihak berkuasa mereka ? Ya, guru-guru dan sistem pendidikan. Maka, mulalah guru-guru diperkotak-katikkan. Mereka mula kurang menghormati guru dan menganggap guru-guru sebagai berlagak hebat dengan kuasa. Mereka tidak mahu dikepung serta dibendung kuasa dan peraturan authoriti. Mereka mahu bebas. Mereka mahu demokrasi.

Di universiti tempatan pun begitu juga, jika diperhatikan secara mendalam budaya kolej terutamanya di kalangan pelajar lelaki, suatu bukti ‘anti-pentadbiran’ yang menyamai ‘anti-government’ jelas akan dilihat. Kerap kali, apabila UK (Unit Keselamatan) universiti atau warden membuat operasi disiplin atau ‘spot-check’ di asrama, bakal berkumandanglah berbagai-bagai caci makian dan carutan yang amat pedih. Jangan terkejut; yang mencarut dan memberontak ini semuanya adalah mahasiswa tempatan bukannya ‘pengundi-pengundi hantu’ yang bertujuan mencemarkan nama baik mahasiswa. Dalam hal ini kita menolak tepi sebarang pengaruh luar ke atas pentadbiran universiti tetapi kita melihat pihak berkuasa universiti itu sebagai sebuah kerajaan tersendiri, manakala ‘siswa-siswi’ adalah hamba rakyatnya yang dikelilingi perlembagaan dan undang-undang universiti. Pendorong kepada pendirian ‘anti-pentadbiran’ mereka ini bukan selalu berasaskan suatu yang konkrit dan rasional tetapi sebaliknya berfaktorkan emosi kebencian dan keiinginan untuk melawan pihak yang berkuasa. Berapa ramai mahasiswa yang sengaja ponteng kuliah, tidak memakai kad matriks, tidak mengikut piawaian pakaian universiti, membawa masuk kenderaan tanpa kebenaran dan sebagainya ? Melawan kuasa pentadbiran menjadi suatu cabaran yang menimbulkan keseronokan.

Menyebut soal ‘melawan’ ini. Biasa kita dengar frasa ‘anak melawan ibu bapa, pelajar melawan guru, pekerja melawan bos, rakyat melawan kerajaan dan sebagainya. ‘Melawan’ atau ‘to fight back’ adalah satu ciri personaliti yang ‘rebelious’ di dalam diri manusia. Terdapat keseronokan di dalam tingkahlaku ‘melawan’ ini yang akan menyebabkan ketagihan. Ketagihan untuk melawan, menentang dan membangkang. Keseronokannya adalah apabila ego mereka merasa menang setiap kali mencabar kuasa. Mereka dapat merasakan diri mereka lebih hebat dan dapat menzahirkan rasa tidak takut kepada pihak berkuasa. Kepuasaannya bukan pada isu tetapi lebih kepada kepuasan untuk ‘melawan’.

Seringkali apabila seseorang membenci sebuah pihak akibat daripada satu-satu peristiwa atau isu, mereka akan sedaya-upaya melawan semula dengan pelbagai cara seperti mensabotaj, memfitnah, memaki hamun atau terus mencabar. Satu cara yang lain ialah dengan menyokong apa yang bertentangan dengan pihak yang dibenci itu baik individu, isu, sentimen atau fahaman. Contohnya, apabila seseorang mula benci pada kawan baiknya, dia berpotensi besar untuk berbaik-baik dan bersahabat dengan musuh bekas kawan baiknya itu untuk tujuan ‘melawan semula’ dan mencari kepuasan ego. Sama juga dengan senario politik Malaysia. Bayangkan psikologi mat-mat rempit yang pernah dikejar dan ditahan polis, samseng-samseng yang pernah ditahan serta disumbat ke dalam lokap dan juga muda-muda yang diserbu atau ditahan di kelab malam semasa operasi dadah dan pusat hiburan. Pastinya mereka akan membenci pihak polis. Selanjutnya mereka akan membenci kerajaan yang sedang berkuasa kerana polis adalah bawahan kerajaan. Cuba jangka apakah tingkahlakunya di masa hadapan apabila tiba hari pilihanraya umum negara nanti. Berbekalkan kebencian dan dendam terhadap polis serta kerajaan, hati mereka akan terdetik untuk ‘melawan’ dalam erti kata membalas dendam. Oleh itu di dalam kertas undian nanti mereka akan memangkah parti politik yang bertentangan dengan kerajaan yang sedia ada. Maka, tidak boleh ditolak ada kebarangkalian yang besar mat-mat rempit dan samseng ramai meyokong PKR atau PAS, manakala golongan bukan Melayu yang pernah diserbu dan ditahan di kelab malam ramai menyokong DAP atau PKR kerana mereka berpendirian ‘anti-government’.

Tidak menghairankan pendirian 'anti-goverment' ini sangat hangat di kalangan golongan belia, remaja-remaja awal, mahasiswa-mahasiswa dan tidak ketinggalan juga golongan bermasalah dan penjenayah.

Kabinet Kerajaan Pakatan Rakyat Malaysian Malaysia


**Klik Gambar Untuk Imej Lebih Jelas


Gambar di atas sememangnya membayangkan demokrasi Pakatan Rakyat yang sejati. Oleh kerana demokrasi tulen menjadi asas perjuangan Pakaatan Rakyat, beginilah taburan kabinet dan heirarki kuasa yang wajar bagi kerajaan pusat akan datang jika Pakatan Rakyat berjaya merampas kerajaan dari BN.Barulah ini dinamakan 'Malaysian Malaysia". Dengan mengambil pemimpin elite DAP seperti Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, sudah tentu akan amat menggembirakan hati ramai rakyat Malaysia yang sangat dahagakan perubahan, lebih-lebih lagi pendengar-pendengar setia ceramah dan khutbah PAS, pejuang-pejuang reformasi PKR dan penyokong-penyokong setia DAP, pastinya mereka amat berbangga dengan bayangan kabinet baru ini. PAS pasti tidak kisah akan hal ini, walaupun calon Perdana Menteri dan Timbalan Menteri Malaysia tidak cenderung ke dakapan PAS dan mereka menyedari hakikat bahawa kepimpinan PAS masih tidak popular di kalangan bukan Islam jika dibandingkan dengan kepimpinan PKR yang tampak lebih relevan dan dipercayai. Suara demokrasi ahli-ahli Pakatan Rakyat dan majoriti masyarakat majmuk sendiri telah awal mewartakan Anwar sebagai bakal Perdana Menteri, manakala calon bukan Islam daripada DAP sebagai Timbalan Perdana Menteri adalah demi mencerminkan ketelusan pembahagian kuasa tanpa mengira agama dan bangsa demi keadilan di dalam Pakatan Rakyat itu sendiri. Tidak berbangsa Melayu dan beragama Islam bukan lagi penghalang untuk menjawat sebarang jawatan tinggi di dalam kerajaan baru malaysia, kerana Pakatan Rakyat telah berjaya membuka minda rakyat Malaysia menjadi semakin matang, bahawa konsep ketuanan Melayu dan Islam tidak lagi adil dan terang-terangan menyalahi demokrasi. Maka PAS tidak ada alasan untuk melenting, lalu menimbulkan alasan ketidaksesuaian bangsa dan agama sebagai syarat kelayakan menjawat jawatan Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri contohnya. Istilah Islamic State atau Negara Islam tidak lagi sesuai digunakan pada konteks pembentukan kerajaan baru Malaysia. Malaysia bakal dikenali sebagai 'Malaysian Malaysia' yang tidak meletakkan apa-apa label agama tertentu pada imej negara. Prioriti sama rata diberikan kepada kesemua agama yang wujud di Malaysia, tidak seharusnya Islam sahaja kerana dengan meletakkan satu-satu agama tertentu sebagai polisi atau tunggak kerajaan, itu tidak melayakkan Malaysia digelar negara demokrasi berbilang bangsa dan agama.Oleh itu, kerajaan baru rakyat akan berusaha ke arah itu demi mewujudkan sebuah Malaysia baru. Inilah bayangan sebuah kerajaan baru Malaysia. Sebuah kerajaan yang rakyat mahukan! :P

Fitnah Dan Sabotaj SMS



Tiba-tiba handset berbunyi...berbunyi dan berbunyi lagi..
Rupanya sebuah mesej pesanan ringkas baru tiba di Inbox,
Mesej apakah ? dan Dari Siapakah ?
Aku berdebar-debar,
Lalau aku menekan butang, membuka Inbox..
Maka terpaparlah akan mesej pesanan ringkas tersebut..

"Jangan datang ke @#$%& ! Tempat itu Dato' $%&$ yang punya !"
Reaksi spontan aku " Haa..!!??"
Mesej apa ni ?
Apa motifnya ? dan Apa tujuannya ?

Sekali lagi handset berbunyi...berbunyi dan berbunyi,
Rupanya sebuah mesej pesanan ringkas baru tiba di Inbox,
Mesej apakah ? dan Dari Siapakah ?
Aku berdebar-debar lagi,
Lalau aku menekan butang, membuka Inbox..

"Jangan datang ke &#@%& ! Tempat itu Dato' $%&$ yang punya !"
Reaksi spontan aku " Haa..!! Tempat lain lah pulak ??"
Mesej apa ni ?
Apa motifnya ? dan Apa tujuannya ?

Siapakah penulis asal mesej ini ?
Benarkah Dato' itu yang menulis ? Ataupun..
Dato' itu sendiri terpinga-pinga,
Entah tangan siapa yang memulakan mesej itu ?
Entah akal buta mana yang menyebarkan mesej itu ?

Mesej berantai,
Pattern yang jelas,
Modus operandi yang nampak,
Bermula dari seorang penerima,
Disebarkan hingga ke ribuan pembaca,
Khabar yang sama..
Susun kata yang sama..
Datang bertimpa-timpa,

Yang membaca merasa hangat,
Yang menerima merasa prejudis,
Sentimen perkauman diselitkan..
Tatkala sentimen itu hangat dan relevan,
Untuk memalukan individu tertentu..
Menjatuhkan reputasinya itu di mata ramai..
Bayangkan betapa hebat kesannya ?
Kepada reputasi individu itu ? Dan...
Bayangkan betapa gembiranya perasaan ?
Pihak yang merancang mesej itu,
Keuntungan daripada kejatuhan seseorang..
"Semakin ramai orang benci dia, semakin kita untung !"

Mesej berantai,
Senang..
"Nenek aku pun boleh buat !"
Cara mudah mensabotaj..
Khabar yang tidak tahu asal usulnya,
Jangan cepat benar melatah,
Mungkin terselindung kepentingan tertentu,
Menghasut sesiapa yang menerimamya,
Mengubah persepsi si pembacanya,
Cara paling mudah menjatuhkan orang..
Di zaman teknologi,

Politik memang kotor..

Benar-Benarkah Pakatan Rakyat Demokratik Sesama Mereka ?

Di manakah demokrasi di Malaysia? Inikah yang dikatakan demokrasi. Hakikatnya tidak sebenar demokrasi langsung. Kuasa politik adalah sepenuhnya milik rakyat dan bukannya hak golongan tertentu berdasarkan klasifikasi tertentu. Makna di atas pastinya pernah kedengaran dari mulut-mulut politik dari pakatan rakyat sebelum ini. .Mendengar kata-kata tersebut menggambarkan betapa sejati dan tulennya asas demokrasi yang dituntut dan diperjuangkan setiap daripada mereka di dalam pakatan tersebut.


Perak. Berjaya sudah ditawan pakatan rakyat pada pilihanraya umum baru-baru ini. Kini, mereka sedang melayar bahtera kerajaan pimpinan mereka sendiri di sana.
Namun, mari kita rujuk semula jumlah kerusi yang dimenangi oleh setiap komponen pakatan rakyat di dalam pilihanraya tersebut. Siapakah yang menawan Perak sebenarnya ?



Ya, DAP. DAP adalah komponen pakatan rakyat yang tertinggi memenangi kerusi di Perak baik di Dun dan di Parlimen. Di Dun, PAS adalah yang terendah dengan hanya memenangi 6 kerusi sahaja, PKR pula yang kedua,7 kerusi manakala DAP berjaya menawan 18 kerusi, satu majoriti yang amat jauh berbeza. Di Parlimen pula kerusi PAS adalah cuma 2, PKR pula 3 kerusi, manakala DAP berjaya menawan 6 kerusi, sekali lagi majoriti yang tertinggi di antara ketiga-tiga komponen pakatan. Jika dilihat dari segi majoriti kerusi Dun dan Parlimen menerusi perspektif demokrasi sebenar, siapakah yang sebenar-benar berjaya menawan Perak dan layak diberi keutamaan memegang jawatan teratas di dalam kerajaan baru Perak ?

Soalnya, mengapa perkara yang berasaskan demorasi itu tidak terjadi di Perak ? Bukankah Perak sudah tidak lagi kepunyaan BN, maka demokrasi telah subur kembali kononnya.Pejam celik, pejam celik, akhirnya calon PAS jadi Menteri Besar. Sebenarnya Perak berpotensi besar dipegang kuasa oleh DAP sebagaimana DAP memegang tampuk teratas Pulau Pinang kerana sememangnya ramai tahu, di Perak teradapat banyak kubu kuat DAP. Mengapa PAS pula jadi Menteri Besar Perak ? Ini tidak langsung demokratik. DAP mendahului PAS dengan 12 kerusi Dun dan 4 kerusi Parlimen. PAS adalah yang heirarki yang terbawah sekali di antara ketiga-tiga komponen mengikut kerelevanan.

Jika benar-benar demokratik dan berpegang pada prinsip kerajaan rakyat, mereka bertiga tidak harus pernah berebut kuasa kerajaan negeri. Soal siapa yang jadi Menteri Besar wajar didasarkan pada keputusan majoriti kerusi.DAP yang memenangi banyak kerusi menunjukkan bahawa komposisi bukan Melayu dan pengaruh politik DAP sendiri amat kuat di Perak. Berdasarkan hal ini, DAP seharusnya diutamakan oleh rakan-rakan pakatan mereka; PAS dan PKR untuk menduduki tahta kerajaan negeri itu. PAS dan PKR tidak sepatutnya sengaja mewujudkan persaingan terhadap DAP dengan meletakkan calon Meteri Besar mereka sendiri. Tindakan merebut dan bersaing dengan rakan sepakatan melanggar prinsip sebuah pakatan yang berpegang pada asas demokrasi. Seharusnya, jika benar demokrasi, di dalam hal itu mereka sepatutnya benar-benar demokratik.

PAS, PKR dan DAP menghantar calon masing-masing dan membiarkan pihak istana yang membuat penentuan. (Tidak mahu bercakap banyak dalam soal ini ) Tetapi cara ini tidak mencerminkan situasi demokratik yang asal. Demokrasi asal adalah sekiranya ketiga-tiga rakan sepakatan itu tidak merebut posisi rakannya sendiri yang telah awal dilayakkan oleh majoriti kerusi yang sahih.

Soal yang lain, mengapa PAS, PKR dan DAP masih berebut kerusi Menteri Besar Perak sebelum ini. Mengapa tidak dibiarkan DAP dengan majoriti kerusinya menjawat jawatan Menteri Besar Perak. ? Kemudian, kedua-dua calon PAS dan PKR itu pula berbangsa Melayu beragama Islam. Mengapa ?

Sebabnya, sudah tentu PAS tidak akan senang jika seorang bukan Islam menjadi pemimpin di kalangan mereka.Mereka menjaja UMNO dengan isu perkaumanya dan PAS mereka melabel diri mereka tidak rasis, tetapi sebenarnya PAS memiliki bahaya unsur rasis yang terlindung. Tentu PAS tidak dapat membayangkan bagaimana negeri besar yang mereka duduki itu dipimpin oleh seorang bukan Islam dan bukannya seorang alim ulama’ di kalangan mereka. Tanyalah PAS, mengapa DAP tidak boleh menjadi Menteri Besar Perak ? Kerana asasnya mereka bukan Islam dan bukan Melayu. Jika begitu jadinya, tiadalah simbol kekuasaan Islam di Perak.

Banyak kedengaran khabar dan berita memperihalkan kekecewaan DAP akibat persaingan merebut posisi Menteri Besar itu dan kekecewaan itu akhirnya benar-benar terealisasi apabila PAS yang cuma sekadar kerusi minoriti dilantik menjadi sebagai Menteri Besar Perak yang baru.

Demikianlah demokrasi tulen Pakatan Rakyat yang dicanang-canangkan.

Jeans Ketat & Skirt Pendek Amoi Penang, Bila Lagi PAS ?





Ke Arah "PAS Untuk Semua !"



Manusia mudah berubah. Politik juga mudah berubah. Dahulunya, PAS bersikap amat keras dengan dasar 'Negara Islam' nya yang mengubah Malaysia menjadi negara yang lebih Islamik. UMNO dilabel sebagai munafik, kafir dan dimusuhi. Sekian lama PAS berjuang dengan caranya tersendiri dan memandang sepi DAP, sehinggalah wujudnya PKR yang diibaratkan sebagai perantara dan penyatu di antara mereka.

Di antara parti politik yang wujud di Malaysia, PAS adalah yang paling jelas dengan pegangan 'theologikal' nya iaitu perjuangan pemerintahan kerajaan berasaskan dan berkonsepkan agama; Islam. Sudah tentu, soal siapa yang harus mengepalai negara tidak perlu dipersoal lagi ? Kita sudah tahu jawapannya. PAS pasti mahukan Islam menguasai pemerintahan dan pastinya bakal perdana menteri yang paling layak bagi PAS adalah salah seorang dari alim ulama' mereka. Berkenaan kerajaan dan negara yang berasaskan agama, sudah pasti PAS tiada kompromi meletakkan Islam sebagai agama pendasar utama negara. Walaupun DAP, rakan pakatannya lantang bersuara dengan konsep 'Malaysian Malaysia' nya. Perjuangan demokrasi tulen DAP ini berkemungkinan besar tidak akan mampu melangkah jauh kerana batasannya sudah ditetapkan awal oleh rakan juangnya sendiri, PAS iaitu Malaysia mesti diterajui oleh pemimpin Islam dan Islam tetap dasar utama kerajaannya.

Bagi DAP, demokrasi tulen adalah sepertimana maksudnya yang sebenar; hak yang sama rata di dalam pendidikan, ekonomi dan politik tidak mengira jantina, kaum dan agama. Namun, demokrasi sebegini adalah ancaman bagi PAS untuk meneruskan ideologinya kerana demokrasi juga pada masa yang sama boleh menyekat dan menghalang penguasaan dan pemerintahan 'theologikal' Islam. Bagi golongan yang lebih bersifat sosialis seperti DAP, ' konsep demokrasi yang sejati tidak akan dapat dilaksanakan dengan menyeluruh di dalam negara yang mengamalkan 'theology' yang bepaksikan satu-satu agama yang ditentukan. Sebuah negara yang demokrasi penuh harus tiada label agama tertentu. Apabila adanya satu agama dipilih sebagai asas pembentukan kuasa dan keutamaan berbanding agama lain, maka belum wujud makna demorasi yang sebenar sepertimana yang dilaung-laungkan pakatan mereka. Kesimpulannya, DAP di dalam hati mereka tidak akan senang dengan usaha keras PAS dengan konsep politik 'theologikal' nya itu.

DAP nampak jelas lebih menyenangi PKR berbanding PAS. DAP dan PKR berdua boleh menjadi pasangan yang mesra dan sefahaman oleh kerana komposisi kaum yang majmuk di dalamnya. PKR adalah lebih global dan secocok dengan keadaan pelbagai kaum dan agama di Malaysia berbanding dengan PAS yang nyata dominan memfokuskan Islam walaupun mereka giat mempromosikan PAS kepada bukan Melayu.PAS cuba meyakinkan orang-orang bukan Islam di tempat kempen mereka bahawa konsep Islam yang dibawa mereka tidak sama dengan konsep Islam dibawa UMNO.

Persoalan agama akan tetap sensitif dan rumit diperkatakan kerana masing-masing mempunyai kepercayaan dan kebenaran sendiri. Sukar untuk menerima agama selain agama kita, begitulah realitinya. Di dalam konteks Pakatan Rakyat, setiap kali PAS keras mengatakan agama Islam mesti menguasai kerajaan dan negara tidak kira siapa pun yang memerintah, seperti mana kata-kata Hj. Hadi Awang di petik dari Buletin Utama bertarikh 30 August 2008 "Tidak kisahlah siapa pun yang memerintah Malaysia, PAS atau PKR, agama Islam mesti menguasai Malaysia", keserasian PAS dan DAP sebenarnya adalah amat rapuh dan hipokrit.

Habis patah hati dan punah impian DAP atau PKR untuk meletakkan calon-calon bukan Islam untuk sama merasa peluang untuk menduduki teraju utama negara atas makna sebuah demokrasi. Dimanakah demokrasi sebenar jika sedemikian rupa ? Perkara ini memang rumit dibicarakan. Orang-orang bukan Islam di dalam DAP dan PKR boleh mempersoalkan "Kita mahukan Malaysia baru; 'Malaysian Malaysia'. Kenapa mesti negara Islamik ? Kenapa mesti satu agama tertentu diutamakan dalam sebuah negara ? Kenapa tidak semua agama diletak sama paras dan kerajaan 'Malaysian Malaysia' tidak mengira kaum dan agama dilaksanakan ?

Kemudian, apakah pula reaksi PAS dan golongan beragama Islam di dalam Pakatan Rakyat di untuk mempertahankan dan menyokong idea mereka. Adakah kerana Islam agama rasmi negara seperti yang dinyatakan dalam perlembagaan ? Tetapi bukankah mereka sendiri mempertikaikan status Islam sebagai agama 'rasmi', sebaliknya Islam agama 'utama' negara. Istilah agama rasmi adalah agenda UMNO kata mereka. Adakah kerana golongan beragama Islam lebih ramai mengatasi jumlah golongan bukan beragama Islam ? Tetapi, populasi bukan Islam bukanlah minoriti yang sedikit pada zaman ini dan bukankah membuat keputusan berasaskan satu-satu kaum atau agama itu tidak demokratik langsung ?

Maka, sebab itulah PKR lebih relevan berbanding PAS. PKR tidak didasari satu-satu agama dan ia dilihat sebagai benar-benar wakil rakyat Malysia yang 'universal' kerana tiada label Islam, Kristian, Budha atau Hindhu di dalam PKR, sebaliknya imej umum PAS adalah Melayu dan Islam. Tidak menghairankan jika dibuat 'poll' atau undian, ramai golongan bukan Islam akan mengundi dan meraikan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai bakal PM baru Malaysia berbanding mana-mana calon dari PAS.

Dulu..Dulu..UMNO Dilabel Kafir Kerana Berkongsi Kuasa Dengan MIC dan MCA. Zaman Sekarang..?



"UMNO itu HARAM, kalau berkongsi dengan bukan Islam, lagi HARAM hukumnya, tapi kalau kita PAS yang buat, ia adalah perkara baik ! Tak salah bekerjasama Dengan orang-orang kafir untuk mendirikan sebuah negara Islam..Takbir ! "

"Kalau diikutkan hati, kami tak mahu sokong calon/parti bukan Islam (DAP) ni, tetapi kami (orang-orang PAS) tetap dan masih memenangkan dan menyokong parti mereka, kerana pemimpin-pemimpin atasan PAS menyarankan kami sedemikian, demi menumbangkan kerajaan UMNO yang 'kafir' dan kejam.."

Minyak Naik Harga: Kalau Pakatan Rakyat Jadi Kerajaan Pun..Belum Tentu Harga Tak Naik. Cakap Dalam Kempen Memang Senang.


Petrol naik harga. Hmm..ya semua rakyat Malaysia rasanya sudah tahu. Tentang perihal naik harga ni, tiada siapa yang suka.Tiada siapa yang suka bayar lebih.Ok, penulis tidak menafikannya.

Bila petrol nak harga..bangkang. Petrol naik harga..bangkang. Persoalannya, sampai bila petrol tidak akan naik harga ? Penulis fikir ramai yang sedar bahawa petroleum adalah sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui yang dari masa ke masa akan berkurangan di perut bumi dan akan menanti habis. Sekarang, inilah hakikat dunia. Persoalannya, apabila kita sedar bahawa sumber minyak dari perut bumi akan semakin kurang, sedangkan permintaan terhadap minyak sedunia semakin meningkat berikutan bilangan kenderaan persendirian di dunia dan Malaysia khususnya makin bertambah di jalan raya, adakah harga minyak umumnya akan sentiasa bersifat tetap dan akan berkurangan ? Kita fikir logik sahaja lah..

Pada pendapat Penulis, wujudnya piket atau demonstrasi bantahan terhadap kenaikan harga minyak oleh pihak DAP,PKR dan PAS (Pakatan Rakyat) sebenarnya adalah lebih bersifat 'menangguk di air keruh' dengan mengambil kesempatan di atas tekanan atau pressure yang sedang wujud. Dari kaca mata politik, pada waktu sebeginilah, di saat kerajaan BN sedang mengalami tekanan di dalam dilema masalah mengawal harga minyak, imej lemah kerajaan dapat digambarkan kerana tidak dapat mengawal kenaikan harga minyak. Mereka akan mengambil kesempatan di atas tekanan wujud di kalangan rakyat untuk mewujudkan kesangsian dan kebencian terhadap kerajaan BN. Penulis berpendapat, semua organisasi anti-kerajaan di negara-negara lain yang bermasalah minyak pasti akan menjadikan dilema kenaikan harga minyak sebagai alat untuk menghentam dan menjatuhkan kerajaan yang sedia ada, kerana semua orang tahu bahawa minyak adalah asas kehidupan rakyat masa kini.

Menuding jari dan mencari kelemahan seseorang di atas sesuatu masalah memang senang. Amat senang.Setakat ingin menuduh "Kerajaan lembab..kerajaan tak pandai..PM tak tahu ekonomi..tak buat kerja.." memang mudah, gunakan mulut sahaja. Mempertikaikan seseorang dan kemudian menjajanya ke sana ke mari bukan sahaja mudah dilakukan malah memberikan kepuasan ego dan rasa enjoy. Maklumlah, mengutuk orang, memang ramai orang suka.

Penulis ada terdengar penyokong pembangkang berkata " Inilah padah undi BN, kan minyak naik..". Maknanya, harga minyak naik ini adalah kerana salah undi BN ? Maknanya, kalau lah pilihan raya sebelum ini Pakatan Rakyat yang menjadi kerajaan dan bila Lim Kit Siang, Anuar Ibrahim ke..atau Hadhi Awang jadi PM harga minyak Malaysia sure gerenti turun lah..? Sepanjang Pakatan Rakyat jadi kerajaan nanti, harga minyak memang takkan naik sampai bila-bila lah..? Harga minyak sedunia naik..minyak Malaysia mantain je la sampai bila-bila ? Logik ke tu..? Penulis yakin, kalau pun Pakatan Rakyat jadi kerajaan, harga minyak akan tetap naik jugak...percaya lah ! Tetapi, mungkin pada masa itu pasti para penyokong setia DAP, PKR dan PAS akan memenangkan dan mempertahankan tindakan kerajaan kesayangan mereka. Apa yang dibuat kerajaan sekarang sekiranya dibuat oleh kerajaan mereka pasti ada betulnya bagi mereka. Katakanlah suatu hari nanti harga minyak naik di bawah pemerintahan mereka, penyokong-penyokong mereka akan berkata "Harga minyak naik..memanglah naik, nak buat macam mana...harga minyak sedunia naik..kami faham pucuk pimpinan kami, kami percaya pada Pakatan Rakyat, mereka tahu apa yang mereka lakukan..". Pulak dah..

Orang-orang atasan Pakatan Rakyat ni bukannya tak sedar realiti sebenar yang sedang melanda harga minyak sedunia sekarang. Bijak-bijak pandai mereka tahu "Di dalam isu minyak ni...sebenarnya kita tak boleh salahkan kerajaan (BN) 100%. Harga minyak kita dipengaruhi oleh harga minyak sedunia..minyak lama-lama pun akan habis..sampai bila harga minyak boleh dikawal tidak akan naik.." Bukan kerajaan Malaysia sahaja yang pening kepala nak selesaikan masalah minyak sekarang ini. Mana-mana negara sahaja lah..

Boleh, harga minyak boleh dikekalkan atau diturunkan dengan banyak dan rakyat tak perlu bayar mahal untuk minyak lagi. Naikkan perbelanjaan subsidi minyak negara lebih daripada biasa sehinggalah mengimbangi peratusan penurunan harga minyak tersebut. Tetapi, bayangkanlah, semua akan tahu yang sumber minyak dunia dan Malaysia sendiri lama-kelamaan makin berkurangan dan ditambah pula faktor ekonomi dan politik sedunia yang mempengaruhi harga petroleum antarabangsa dengan sendirinya akan mendesak kenaikan harga minyak, tetapi demi untuk memberikan harga minyak yang paling istimewa dan murah kepada rakyat, subsidi yang amat tinggi diberikan oleh kerajaan khusus untuk minyak sahaja. Tidak mustahil suatu hari nanti, di saat kenaikan harga sedunia mencapai tahap kemuncak, subsidi minyak akan menjadi terlalu tinggi sehingga melebihi peruntukan untuk tujuan-tujuan lain.

Ada juga di antara mereka membalas "Kerajaan penipu..jangan bandingkan harga minyak Malaysia dengan negara bukan pengeluar minyak..". Sebenarnya, Pakatan Rakyat juga jangan mengaburkan mata rakyat dengan impian palsu kerana mereka sendiri pun belum tentu berkemampuan untuk mengekalkan apatah lagi mengurangkan harga minyak ke tahap yang dimahukan rakyat sekiranya mentadbir kerajaan. Kalau diikutkan kehendak rakyat, semuanya ingin percuma termasuk minyak juga percuma. Mampukah mereka menawarkan minyak percuma kepada ribuan rakyat seperti keraaan Selangor yang ingin beria-ia ingin meberikan bekalan air percuma kepada rakyat semasa manifesto pilihanraya. Namun, hakikatnya apabila mereka sudah berada di dalam kerajaan, baru mereka sedar bahawa semuanya tidak semudah yang dikatakan di dalam kempen pilihanraya. Hmm.. tentu boleh punya, kan mereka kerajaan kebajikan..

A Just, Fair Malaysia:They Really Turn Dewan Parlimen Into Fun Fair

Recently,I keep listening to the live reports of Persidangan Dewan Parlimen 2008. Sometimes I listen to it while I’m doing housework. You know, it is funny listening to the sound in the dewan. So childish. The dewan now reminisces a playground of pre-school children. How weird it is, a bunch of adults talking and acting like children in an official and honorable place like that.

The dewan parlimen these days has become something like a circus. First, a birthday party in the parliament lobby. What’s next ? A kenduri kahwin, majlis cukur jambul in the lobby..? Aaah..ye la kan ? Wasn’t their slogan is ‘..a just and fair Malaysia”. No wonder they turn the dewan parlimen into a fun fair. In the previous years, long time ago during Tun Mahathir’s time, the dewan was not like now. Most of the situations were under controlled and disciplined. However, these days since the YBs of Pakatan Rakyat are crowding the dewan parlimen, almost every persidangan will be chaotic and terribly childish. What a shame of adults. Those Pakatan Rakyat are now forming a big group and begin to feel them selves so powerful and egoistic to face BN’s people in the dewan.

No other reason.The utmost mission of all YBs of Pakatan Rakyat these days in 2008 and perhaps in the four years in a row is to weaken BN credibility by weakening BN’s leaders and ministers in the dewan by playing psychology atau main psikologi. Attacking BN people with psychological techniques would be more effective to weaken the level of patience and breaking the self-control of BN’s people in the dewan and then those BN’s people could not blame them for any physical threats. They will manipulate any issues and use any possible angel to attack BN’s people so that they are losing patience. What a tricky plan by PAS,PKR and DAP. I really think this is one of Pakatan Rakyat’s well-planned political strategies to beat BN and to unveil Pakatan Rakyat’s strength by proving BN’s people are weak and lack of self-control in the dewan. Then, they will put those bad images into their blogs, websites, You Tube and newspapers like Harakah and Siasah, claiming that they have evidences of the aggressiveness and rudeness of BN’s people in dewan parlimen. By continuously putting unconditional pressure towards BN’s YBs and ministers during debates in the dewan, Pakatan Rakyat’s will get the benefits to win more seats in the upcoming election. Hmm, what a dirty tactic?

Why do I call it dirty? I bring this analogy to you. Imagine that you are a speaker representing the body you work for in a meeting just like the dewan parlimen. You are elected to present some issues and important points in the meeting. As the meeting started, a man from your ‘enemy’ quickly stands up and asking a question to you regarding your work. Surely, you will stand and answer the question from that man. Surely, in your answer you would have your own stand and whatever happens, you would be trying to defend your stand. You would flood your stand with as much hujah as you can think of. Later, imagine when you reach 50-70% of your speech, suddenly the same man stands up again and come up with a new counter question/argument. Your hujah is not yet complete; suddenly he comes to interfere you with another question. As a reasonable person, could you accept this kind of burdening situation where you need to answer his new question while his previous question is not being completely answered? How do you feel of yourself on that time and how most probably would you judge him? If I am in your position I would be angry for not letting me finish my speech. Let say, you are able to be patient for a while. You stand up again and start explaining in reply to his new feedback. However, this time while you in the moment of speaking, that man is doing something else instead of listening to your speech. How do you feel again and what would be your reaction this time to him? At the same time, he stands up and comes up with another counter question/feedback for you. Suddenly, the friends of him (your enemies) start sounding like bees in a hive. Those people make lots of nonsensical noise from their seats to dispute you as a mean to disturb your self-control. The more they making noise the more you would feel stressed. You realize that the way they stands and verbally attack you in groups without giving you space is their intentioned actions towards you in order to weaken your personality. A few moments later, you start to feel annoyed by their sarcastic feedbacks and jokes and this is where you have the high tendency to do unplanned, thoughtless and unintentional behavior. Why? This is because you’re a flawless human like everybody else. You have feelings like other humans and once your feelings are being intentionally hurt physically, verbally or psychologically by somebody, you would definitely be stressed, pressured and emotionally unstable. This kind of emotional instability resulted from the continuous attacks would make you vulnerable to any kind of unpleasant attitudes and behaviors. Finally, you come to a situation where you really cannot bear you anger any longer to that man who keeps pressuring on you and suddenly the word 'stupid' come out from your mouth without intention. Awaken from the clarity and advantage of the word 'stupid', your enemies stand up and accusing you for being rude or kurang ajar.Then, outside the meeting they propagate your mistake and make it a big issue in their media. The question is, who starts the fire ?

The fact is, to say something inappropriate usually the swear words is the most probable spontaneous reaction whenever anger is out of control. Even a kind father, a courageous teacher, an educated lecturer or a professional have a possibility to swear in one situation if they begin to lose patience and self-control because of the intense pressure. The words like bodoh, bangang, stupid are the commonest swear words in our domestic context. I do not support impolite behavior and what I want to stress here is that everyone has the possibility to swear when they get really angry no matter who they are, whether they are from BN,PAS,PKR or DAP.

What I can see from the current situations in the dewan parlimen is that most YBs of Pakatan Rakyat have merged to combine power to weaken BN by attacking their YBs and ministers with a very silent and smooth weapon, which is psychology. One of the principles in political strategies to increase the popularity of your party and to make your party look stronger is by doing anything to make your enemy look weaker in the eyes of the public. If you successfully trigger the negative and weak images of your enemy, in return your party will appear better and stronger. This is what PAS,PKR and DAP do in the dewan parlimen towards BN’s people.
"We make the dewan real hot and chaotic. Turn those BNs people to be emotional. Plan, say and do something so that in the end would make the public hate BN government. Then in return, the public will like us. Pakatan Rakyat would win more seats in the next election..haha.."

It is look like the Pakatan Rakyat is now very obsessed to catch more popularity towards the next general election. Look ! Who are more agressive and playing dirty ?

Understanding Ketuanan Melayu: It Is Not UMNO's Agenda..It Is About Malay Forefathers

Since the journey to independence of Tanah Melayu, the three political parties (UMNO,MCA,MIC) representing each races; Malay, Chinese and Indian had agreed that in order to achieve and maintain independence of the land and start live together, all races in Tanah Melayu have confirmed that, Malays are the native people of Tanah Melayu, Islam will be the official religion of Tanah Melayu and Bahasa Melayu becomes the official language.

Back to the long time history before independence, during the zaman kepahlawanan Melayu in fighting the foreign powers like British and Belanda who wanted to conquer the land of Tanah Melayu from south to the east. The names like Dato’ Bahaman, Dato’Maharajalela are synonym in the history of Tanah Melayu. At this time, Malay forefathers were the native people in Tanah melayu have suffered under colonialism and then struggled for freedom in their own land. The appearance of pahlawan-pahlawan Melayu on that times showed the struggle to claim for the political power of Malay people as the native people. Then, during the British colonialism, Chinese people were brought from China to work in the mines and Indian people were brought to work in British estates. As a way to establish separation, Malays were deprived in the kampongs, Indians were put in the estates and Chinese were located in the towns. So, until now we could see the effects of the history.

Yes, the struggle of Malay power is pioneered by UMNO since the independence, but the most important thing all Malaysians must know that, when we talk about Ketuanan Melayu, we talk about the the Malays as a whole. Only these days, the term Ketuanan Melayu has been referred only to UMNO Malays but actually it is not. Some people with certain advantages have made use of the term Ketuanan Melayu and make it a big issue by relating it to the racial approach of UMNO. This is not true at all. Ketuanan Melayu covers the whole Malays regardless they are PAS Malays, PKR Malays or UMNO Malays. Ketuanan Melayu is the concept which identifies the privilege of all Malays in Malaysia as the native race who are the earliest community in the old Tanah Melayu.

Ketuanan Melayu is not UMNO’s creation or a play-play thing. The real symbols of Ketuanan Melayu which are still exist until these present days are the continuity of hierarchy of Raja-Raja Melayu in every state excluding Pulau Pinang, Negeri Sembilan and Melaka. The existence of the position of Raja-Raja Melayu until now resulted from the efforts of Malay people to sustain their cultural heritage. Every Raja Melayu is the head of Malays in the state, represents the community of Malays and their privileges. This unique Ketuanan Melayu concept is what has maintained Islam as the official religion and give Islam a specialty in terms of governmental policy and mainstream media which other kinds of religions in Tanah Melayu don’t have. That is why only Islamic sermons are given special permission in the governmental and mainstream media. However, not to be mistaken, this specialty give to Islam ( as a result of Ketuanan Melayu) doesn’t prohibit the spreading and practice of other religions in Tanah Melayu. Therefore, Raja-Raja have the honor right to elect someone right for Menteri Besar (eg: Perak, Terengganu, Perlis) and to ask for changes in the state governments in order to preserve the privilege of Islam and Ketuanan Melayu.

Thus, questioning Ketuanan Melayu doesn’t mean to seek fight with UMNO Malays but actually to dispute the leadership and relevance of Raja-Raja Melayu. Once Ketuanan Melayu has been questioned and disputed by certain people, the whole Malays in Malaysia are involved regardless who they are whether PAS,PKR or UMNO. Raja-Raja Melayu represent Malays and All Malays are standing behind the Raja-Raja Melayu as the symbol of Malay nativity, unless there are Malays now who disbelieve their kings and deny the relevance of Raja-Raja Melayu. (Who would be these Malays?)

Like stated in the second item of Rukunegara “Kesetiaan kepada Raja Dan Negara”, the basis element of Ketuanan Melayu is clearly there. Hence, all who live in Malaysia no matter Chinese or Indians who admit they are Malaysians must obey that Rukunegara item that is to be loyal and acknowledge the presence and the authority of Raja-Raja Melayu and Yang Dipertuan Agong. If there is somebody who dare enough to question the credibility and the relevance of Ketuanan Melayu (Raja-Raja), they are disqualified to be Malaysians from the conceptual perspective because they are violating the ikrar in the Rukunegara.

Accepting Ketuanan Melayu, meaning to accept Malay leaders or to prioritize Malay leaders in states or national government actually are not supposed to bring any harm to other races and religions. To agree with Ketuanan Melayu just means to respect Malays and their late forefathers who are the native races in Tanah Melayu. Therefore, Malay culture and their official religion (Islam) are given special rights and protection in Malaysia. Ketuananan Melayu does block the freedom of cultural and religious practices in Malaysia. The history has proven that Christianity, Buddhism and Hinduism are freely practiced until now in Malaysia. (Exclusion: No Muslims can religious convert) Religious tolerance is very well practiced. Moreover, academic and economic opportunities are given to all races in Malaysia. Everyone can be educated and rich as long as they make efforts. Ketuanan Melayu does not harm non-Malays. Only now there are negative images propagated by certain people with political advantages to put down UMNO by labeling Ketuanan Melayu as racist.

Karpal and The Gangs..Go Back To School And Learn Manners In Communication


Recently, I watched the live reports of Sidang Parlimen 2008 on the television. I believe those live reports were not lies. They revealed what kind of manner that a particular politician has.

You know what ? I really hate Karpal Singh's manners in the Dewan Parlimen. In the reports, there were many times, I used to watch him interfere his enemy's speech sesuka hati dia. "Can you let other people finish his words first, Karpal ? How do you feel if your enemy interfere you while you are in the middle of explaining and clarifying something that you think important ?" I guess surely Karpal and those rebellious politicians like him would be mad and angry.

By watching the way he interfered the BN's people in the Sidang Parlimen, I felt my heart boiled though I was a viewer. I was really dissatisfied looking at person like him who senang-senang saja asked a person who was still speaking and want to finish his words, by scolding loudly "diam/duduk-duduk../saya kata, duduk-duduk.." If I put my self in the victim's shoes (the BN' people), I think I would really scream and scold back at him. But I think, that is the kind of reaction that Karpal wanted from the BN's people he attacked. Karpal and The Gangs wanted the BN's leaders to lose control. Hehe..bijak-bijak.

His followers regard him as an educated leader but actually his high education is not adequate to make him a mannered leader. Didn't Karpal learn at school about manners in speaking and listening to other people. Ethics teaches us that when other people are speaking (whoever they are), listen to his words and let him finish his words before we can reply or debate.This is a way of respecting the speakers because no one including him like to be interfered and disturbed while speaking.

Just..fair..konon. If these kind of people do really hold on freedom of speech, they are supposed to be mannered in listening to their enemies' speech. Though they don't like it, they must let their enemies finish their speech before any actions.

Jika UMNO;Negara Islam..PAS Pula Negara Apa ?

Rakyat Malaysia, fikirkan persoalan ini.


"Jika UMNO dikatakan menyalahgunakan kuasa kerajaan dengan menjadikan dan mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara yang bersifatkan Islam (Islamic State), apa pula label yang sesuai untuk negara Malaysia yang jika suatu hari diketuai PAS ?..Malaysia A Secular State ?"

Tidakkah anda rasa pelik bunyinya ? UMNO dikatakan sebagai pure and total Islamic, hingga berani menyalahguna posisi dan kuasa kerajaan yang telah mengabaikan situasi pelbagai kaum di Malaysia, dengan membangunkan, menjadikan dan menjaja nama Malaysia sebagai Islamic State (negara bersifatkan Islam) dan sebaliknya PAS pula dikatakan dan dipuji DAP sebagai fundemental, tolerant, semi-Islamic dan non-hardcore Malay-dominated political party yang bakal suatu hari nanti tidak akan menjadikan Malaysia sebagai 'Negara Islam' demi menyesuaikan kehendak pelbagai kaum di Malaysia. Munasabahkah kenyataan ini dengan melihat PAS (Parti Islam Semalaysia), untuk bersetuju membangun bersama Malaysia yang tidak bercirikan Islam (Islamic Malaysia) ?










Artikel lama di bawah dipetik daripada laman web BBC bertarikh Friday, 3 June, 2005, 09:52 GMT 10:52 UK. Walaupun lama, ia mengandungi kebenaran yang sememangnya benar mengenai PAS.

Malaysia opposition backs Anwar

By Jonathan Kent
BBC News, Kuala Lumpur

The head of Malaysia's conservative Islamic Party has called on former Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim to unite the country's opposition parties.

Abdul Hadi Awang told delegates to his Pas party's annual conference that he accepts Anwar as opposition leader.

The endorsement was a clear reminder that Mr Anwar remains a pivotal figure.

Last September, his conviction for sodomy was overturned and he was released from jail after serving six years on that and corruption charges.

Mr Hadi told supporters that Mr Anwar's charisma and credibility could broaden their appeal.

But he vowed that there would no weakening of the party's past commitment to an Islamic state.

That same commitment, however, has wrecked opposition alliances before.

Anwar ambitions

More than 40% of Malaysians are non-Muslims and deserted parties who joined with Pas in previous elections. Last year, even Muslims punished Pas for talking about religion rather than their everyday worries over jobs, rural poverty and corruption.

And it may be beyond even Mr Anwar's powers of persuasion to unite anti-government politicians and voters, unless Pas backs down.

Nor has the former deputy prime minister responded to this call.

Many here believe that Anwar Ibrahim still harbours ambitions to lead his country, and speculate that he could rejoin the government if former colleagues could be persuaded to forgive and forget.

There is growing concern in Malaysia at the apparent drift in the administration of Abdullah Badawi.

With his reform programme seeming to have lost momentum and with confusion over key policies, some in the prime minister's party have started to talk of grooming a credible successor.


Selama ini, YB-YB dari DAP, di dalam ceramah-ceramah dan artikel-artikel politiknya terus-menerus mengecam dan membidas dasar Islam di bawah pentadbiran UMNO(BN). UMNO dituduh sewenang-wenangnya mengimplementasikan dan mewujudkan ciri Islam pada nama dan sifat negara Malaysia. DAP mengistilahkannya sebagai Islamic State. Lebih-lebih lagi dengan pengenalan konsep Islam Hadhari oleh Abdullah Badawi beberapa tahun lepas. DAP menjadikan alasan perjanjian kemerdekaan terdahulu hanya mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi bukannya Tanah Melayu sebagai negara yang harus bersifat Islam (religous) dan mengutamakan Islam.

Adakah Islamic State yang dipelopori Tun Mahathir dan konsep Islam Hadhari yang dipertikaikan DAP selama ini ? dan konsep Islam sebeginikah yang digeruni dan dirisaukan DAP dan masyarakat bukan Islam ? Untuk pengetahuan semua, kedua-dua konsep Islam dari kedua-dua tokoh BN inilah yang selama ini dipertikai, diperleceh, dibidas, dikutuk, dibenci dan diperli PAS (Parti Islam Semalaysia) yang dilabel sebagai munafik (tidak 100% mengamal dan mengimplementasi Islam ) serta yang palik teruk sekali ada orang-orang PAS yang terus-terang melabelkan UMNO sebagai kafir (tidak Islam/Islamic). PAS mendesak agar UMNO berundur dari kerajaan kerana tidak bertanggungjawab di dalam melaksanakan ciri-ciri Islam dan hukum-hukum Tuhan di dalam pentadbiran Malaysia yang akhirnya menjadikan Malaysia kini tidak Islamic dan lebih bersifat sekular.

Mengapa pula so-called Islamic State UMNO pula yang sekian lama dilabel PAS sebagai kafir, munafik, tidak Islamik dan sekular amat dibenci DAP ? Jikalau UMNO ternyata benar-benar sekular dan tidak/tidak cukup religous, DAP (yang mahukan non-religious state) sepatutnya menyebelahi dan menyokong UMNO dan sebaliknya menentang PAS yang memang terbukti dan terang-terangan memperjuangkan dan mendaulatkan paksi Islam di dalam Malaysia (yang sudah tentu tidak mahu secular Malaysia).

Apakah agenda tersembunyi DAP dan juga PAS sebenarnya ? It is like, mereka seperti memperbodohkan antara satu sama lain dan memperbodohkan rakyat too. (to be continued)

DAP dan PAS: Sila Berhenti Hipokrit Sesama Sendiri

Orang kata pengundi-pengundi Malaysia semakin matang. Benarkah matang ? Ataupun sebenarnya peralihan angin di pilihanraya 2008 sebelum ini mencerminkan tindakan terdesak kebanyakan pengundi atas angin Malaysia. Jikalau matang, kaburkah mata mereka hingga tidak dapat menyedari parti pakatan rakyat yang dibanggakan mereka adaalah penuh kepura-puraan ?

Orang-orang atasan DAP dan PAS; berhentilah dari permainan kepura-puraan anda sekian lama ini. Perbuatan anda berdua seperti memperbodoh-bodohkan rakyat yang seperti puppets yang ditarik-tarik oleh tali-tali sentimen perkauman dan keagamaan yang yang dimainkan DAP dan PAS, seolah nampak seperti mencari keadilan.

DAP menuduh MCA dan GERAKAN sebagai hipokrit kerana tidak ada keberanian untuk menentang Islamic State (Negara Islam) dan keutamaan kaum Melayu yang diperjuangkan BN yang diterajui UMNO.
“MCA and Gerakan leaders should stop applying double standards on the Islamic State issue. When on Sept. 29, 2001, the then Prime Minister, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad declared that Malaysia was an Islamic state, unilaterally, arbitrarily and unconstitutionally abrogating the cardinal nation-building principle in the Constitution and Merdeka “social contract” that Malaysia is a multi-religious and secular state with Islam as the official religion but not an Islamic State, there was not only no objection from MCA and Gerakan leaders – they gave immediate public support”
DAP sengaja menghangat-hangatkan orang-orang Cina di MCA dan GERAKAN agar bertelagah dengan UMNO mengenai isu ketuanan Melayu dan so-called 'Islamic State" yang dibawa UMNO, sedangkan MCA dan GERAKAN tiada apa-apa masalah mengiktiraf UMNO sebagai leader di dalam pakatan BN dan tidak menentang apa-apa pemfokusan ke atas kaum Melayu dan agama Islam yang diperjuangkan UMNO, kerana berpegang pada kekukuhan kontrak sosial yang diwarisii semenjak pemimpin MCA dan UMNO dahulu. MCA percaya dan setia pada kontrak sosial dan tidak bermasalah menerima kepimpinan yang diterajui pemimpin Melayu Islam (atas dasar hormat pada ketuanan Melayu), sedangkan DAP memang amat-amat menentang keistimewaan kaum Melayu ini, kerana DAP bercita-cita mahu menjadi PM Malaysia suatu hari nanti.

Keratan kenyataan di atas adalah daripada seorang pemimpin popular DAP di dalam sebuah ceramah politiknya, yang lantang menyatakan bangkangannya terhadap konsep dan istilah negara Islam. Wahai PAS, apa komen anda dalam hal ini ? Adakah anda turut bersetuju membantah konsep negara bercorak Islam (Islamic State) dan sebalinya berdiri di sebelah DAP menyokong sebuah Malaysia yang sekular (agama tidak mencampuri kerajaan). Jika PAS tidak marah dengan kenyataan dan perjuangan DAP ini, bunyinya ternyata tidak logik. PAS yang dikenali sekian lama semenjak penubuhannya adakah sebuah parti yang berpaksikan agama Islam yang memperjuangkan Islam sebagai paksi (basis) kepada perjuangan politik dan pentadbiran negara. Apa yang peliknya seorang penyokong kuat PAS membalas;
”Seharusnya isu Negara Islam ini tidak lagi diperbincangkan. MCA/GERAKAN/DAP termakan dengan dakyah jahat UMNO terhadap konsep negara islam. Jika orang Cina sensitif dengan isu dengan negara Islam. Orang Melayu Islam pun sensitif dengan konsep Malaysian Malaysia yang dicanang DAP dan hak samarata dalam hal agama. Itu tak termasuk isu BABI di Selangor yang tercetus gara-gara tindakan terdesak YB T*r*sa untuk memancing sokongan orang cina. Tetapi kenapa YB tidak melihat betapa universalnya YB PAS di Selangor dalam menyokong projek ini. Sehinggakan kalau dilihat hampir majoriti laman Blog Penyokong PAS menyokong projek ini. Adakah YB tidak dapat membandingkan kebaikan islam yang ditonjolkan oleh Parti PAS atau masih ditutup dengan kelemahan Islam Hadhari ciptaan UMNO. YB kena ingat kalau PAS gagal menangani isu ini dikalangan orang Melayu dan Islam. Tidak mustahil pilihanraya akan datang Selangor dan Perak akan jatuh ketangan BN kembali. Jesteru itu janganlah terlampau lantang dengan memainkan isu negara islam hingga melukakan perasaan rakan sendiri. Saya sendiri pun tak akan undi DAP sekiranya tanpa sokongan dan keyakinan yang diberikan PAS terhadap DAP. Saya juga percaya pengundi Melayu islam lain turut mempunyai pendapat yang sama dengan saya. Dalam Pilihanraya lepas Pemimpin Pas telah menyarankan kami agar undi DAP untuk melawan kezaliman BN. Harap YB faham permintaan kami janganlah disensasikan lagi perkara ini"

Jika anda seorang rakyat yang bijak dan tidak berat sebelah, anda akan dapat melihat elemen hipokrasi dan kepura-puraan sesama DAP dan PAS. Sama-sama double standard. Masing-masing hanya akan mendedahkan wajah dan identiti sebenar mereka apabila berdiri berucap dikalangan penyokong setia yang sebangsa dan seagama dengan mereka. Maksudnya, DAP akan berdikap direct dan terus-terang apabila berada di depan orang-orang Cina dan India tetapi akan berselindung dan pandai beralas kata apabila duduk semeja denga pemimpin-pemimpin PAS. DAP akan mengatakan PAS baik, Islam PAS adalah Islam baik, sebuah Islam yang disukai DAP dan orang-orang bukan Islam. Bukannya seperti negara Islam yang diterajui UMNO yang berkonsepkan Islam jahat.DAP menuduh UMNO sebagi ekstremis atau pelampau Islam yang sesuka hati mengisytihar dan menjadikan Malaysia sebagai negara Islam di mata dunia. Jika konsep Islam yang dibawa UMNO melampau atau ekstreme, maka apa pula konsep dan istilah Islam yang bakal dibawa PAS pada pandangan DAP ? Mustahil bijak pandai DAP tidak sedar dan tidak tahu latar belakang PAS yang hakikatnya lebih hebat dan bersungguh memperjuangkan paksi Islam ke dalam kerajaan Malaysia.

DAP menuduh UMNO (yang sebenarnya adalah fundemental Islamic) sebagai pelampau Islam dan menggembar-gemburkan Islam yang dibawa UMNO adalah racist dan jahat, manakala sebaliknya megatakan Islam PAS pula sebagai fundemental dan tidak terlalu theologikal adalah tidak munasabah sama sekali kerana kebetulan penulis adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam. Ini adalah satu bukti yang menunjukkan double standard DAP paling besar. Penulis nampak dan kenal akan siapakah PAS dan apakah perjuangannya di Malaysia. PAS adalah lebih advanced dan kamikaze di dalam perjuangan menegakkan konsep Islam di Malaysia jika dibandingkan dengan UMNO.

Selama ini PAS terus-menerus mempertikaikan kelayakan dan tanggungjawab pemimpin Islam UMNO yang tidak betul-betul mengimplementasikan konsep Islam di Malaysia di dalam segala aspek pentadbiran. PAS menemplak UMNO yang tidak menjadikan kesempatan sebagai ketua pakatan kerajaan BN untuk mempergunakan sepenuhnya kuasa menegakkan konsep negara Islam. Soalnya, adakah Islam sebegini yang dimahukan DAP dan bukannya Islamic State UMNO ? Ini semua tidak kena. There is something fishy with DAP. Persoalan yang perlu difikirkan; apakah yang dikatakan kejam dan jahatnya pemerintahan UMNO kepada golongan bukan Islam di Malaysia di bawah konsep Islamic Statenya ? UMNO tidak melarang orang Cina dan India berhibur di kelab malam, tidak menutup kelab malam yang dikunjungi orang Cina dan India, UMNO tidak melarang mereka dari mengamalkan agama masing-masing, UMNO tidak menutup dan tidak menghalang pembinaan mana-mana kuil dan gereja, UMNO tidak mengharamkan apa-apa yang boleh dimakan orang Cina dan India, UMNO tidak menyekat peluang orang-orang Cina dan India untuk jadi pandai, kaya-raya dan maju (Kaum mana monopoli ekonomi Malaysia ?). Oleh itu, apakah yang dikatakan jahatnya Islamic State UMNO ? Adakah yang dikatakan baiknya konsep Islam PAS bermaksud, penternakan babi boleh diusahakan sesuka hati oleh bukan Islam di Malaysia, minuman keras akan semakin dilonggarkan di Malaysia, kelab-kelab malam akan semakin diperbanyakkan, pemimpin DAP akan diberi peluang menjadi PM Malaysia, Malaysia akan menjadi secular (tiada sifat agama) seperti yang diperjuangkan DAP. Adakah ini kebaikan Islam PAS berbanding Islam UMNO dan disebabkan ini, DAP yang memperjuangkan sekularisme menyokong penuh PAS ?

PAS pun sama bermuka-muka. Apabila bersama pemimpin DAP dan berucap di kalangan khalayak majmuk yang terdapat orang-orang Cina dan India, mereka akan mengalas kata yang lembut dan manis yang menampakkan mereka toleran dan mesra agama. Sebaliknya, apabila berceramah di markas-markas dan ceramah political agamanya, PAS akan berubah sifat menjadi tegas, lantang dan tiada kompromi di dalam isu-isu perjuangannya.Kalaulah ada orang-orang bukan Islam yang menyamar dan menyelinap mendengar isi kandungan dan bahasa di dalam ceramah political agama PAS, sudah pasti mereka akan tersinggung dan dapat merasakan PAS adalah one sided dan lebih ekstreme memberatkan Islam berbanding UMNO. Sepatutnya, PAS lah yang patut digeruni DAP dan bukannya UMNO ? Mengapakah yang dilihat adalah sebaliknya ? Inilah helah politik DAP serta permainan PAS yang mengaburi rakyat.

UMNO Perlu Muhasabah Diri

UMNO kini, bukan wajah seperti dahulu. Entah mengapa kredibilitinya makin boleh dipertikaikan sejak akhir-akhir ini. Bukan sebab penulis memihak pembangkang atau disebabkan kredibiliti pembangkang, tetapi menurut apa yang penulis perhatikan, UMNO kini sedang mengalami penyakit dalaman iaitu masalah di dalam UMNO itu sendiri. Sebenarnya, tiada salah pada nama UMNO atau konsep UMNO itu kerana perjuangan dan agendanya betul, boleh memanafaatkan orang Melayu, Islam dan seluruh bangsa Malaysia. Buktinya, Malaysia yang membangun kini adalah hasil pentadbiran kerajaan majmuk BN yang diterajui UMNO semenjak bermulanya kemerdekaan dahulu.

Namun, perpecahan dalaman UMNO yang makin ketara telah melemahkan struktur organisasi ini. Wujudnya golongan yang sama UMNO tetapi tidak menyokong sepenuhnya pemimpin yang dilantik, malah lebih ngam dan menyokong pemimpin tertentu yang disukai mereka adalah perkara yang memudarkan kredibiliti kepimpinan UMNO. Semangat berpuak di dalam UMNO dan BN sendiri yang kadangkala membawa kepada situasi salah-menyalahkan, selar-menyelar dan perli-memperli sesama ahli UMNO dan BN adalah amat memualkan rakyat dan penyokong-penyokong bawahan UMNO.

Kemudian, semenjak akhir-akhir ini juga, individu-individu yang naik nama mereka di kalangan politik atasan UMNO adalah yang boleh dipertikaikan kebolehpercayaan personaliti mereka, lebih-lebih lagi pada pandangan rakyat. Ini adalah salah satu salah besar UMNO. Pemimpin-pemimpin yang telah dinampakkkan kejengkelan personaliti atau gaya negatif mereka di dewan parlimen dan temubual media tidak seharusnya ditawarkan lagi di arena pimpinan atasan. Dengan keterbukaan media yang menyiarkan situasi sebenar di parlimen, sidang media tentang sesuatu isu atau ucapan mereka di mana-mana majlis, maka rakyat telah menyaksikan sendiri kegelojohan kata-kata segelintir pemimpin UMNO dan BN. Ini kerana, terdapat tindakan, idea atau kata-kata nonsense yang tidak relevan dan tidak sepatutnya dilakukan dan dilontarkan mereka sebagai pemimpin negara yang berkredibiliti tinggi. Dasar keterbukaan yang memakan UMNO sendiri.

UMNO juga tidak cukup berhati-hati di dalam menjaga imej bersihnya. Masalah disiplin, politik wang, kronism, nepotism, ketidakjujuran dan ketidaktelusan di dalam organisasi UMNO dan BN, seharusnya wajib diberi keutamaan paling tinggi sepanjang masa dan diselesaikan dengan bijak, bermula dengan aspek pemilihan dan pencalonan pemimpin lagi. Segelintir pemimpin UMNO yang tidak menjaga tindak-tanduk mereka, telah menampakkan kepada rakyat bahawa wujudnya unsur memelihara kepentingan golongan tertentu samaada keluarga atau bukan keluarga di dalam UMNO. Maka hasilnya, UMNO telah dilihat rakyat sebagai tamak dan tidak jujur. Semua yang disebutkan di atas adalah perkara-perkara yang paling dibenci rakyat bawahan dan UMNO pula tidak cukup sensitif di dalam hal ini.

Di atas adalah beberapa pendapat yang difikirkan penulis. Bagi penulis, konsep dan asas UMNO dan BN adalah masih relevan dan sesuai di negara ini, namun disebabkan masalah-masalah tindakan, sikap dan personaliti di kalangan pemimpin tertentu telah mencacatkan struktur, kredibiliti dan kebolehpercayaan UMNO dan BN itu sendiri. Oleh itu, UMNO perlu merawat dan memperbetulkan kelemahan organisasi mereka sendiri untuk mengembalikan kepercayaan orang-orang Melayu dan bukan Melayu.




Jangan Samakan Kelantan

Suatu kenyataan yang tidak sememestinya benar. Ramai golongan yang pro-PAS mengeluarkan kenyataan bahawa PAS sangat diterima baik oleh rakyat-rakyat bukan Melayu Islam di Kelantan dan oleh itu ramai rakyat bukan Melayu Islam menyokong PAS di Kelantan. Bagi penulis, kenyataan ini hanya benar di Kelantan sahaja tetapi tidak semestinya benar dan sama rupa di kawasan-kawasan lain di Malaysia yang bermajoriti mayarakat bukan Melayu Islam.

Populasi penduduk Melayu Islam adalah jauh lebih banyak menandingi bilangan bukan Melayu Islam di Kelantan sehinggakan di pekan-pekan mahupun di bandar-bandar bilangan masyarakat Melayu Islam adalah ramai jika dibandingkan dengan pecahan populasi Melayu Islam kepada Bukan Melayu Islam di bandar-bandar di negeri lain contohnya seperti Kuala Lumpur dan Georgetown. Disebabkan bilangan bukan Melayu Islam iaitu kaum Cina dan India tidak begitu menyerlah di rata-rata kawasan di Kelantan, maka memanglah mudah bagi kerajaan PAS untuk mengimplementasikan apa-apa peraturan Islamik yang difikirkan PAS termasuk ke atas golongan bukan Islam tanpa halangan atau bantahan keras daripada pihak-pihak tertentu seperti dendaan bagi pakaian menjolok seksi/mejolok mata, laluan dan tempat khusus bagi lelaki dan perempuan di tempat awam dan pusat membeli belah, larangan penjualan arak ,judi dan sebagainya.

Mengapa mayarakat Cina dan India Kelantan tidak boleh disamakan dengan masyarakat Cina dan India di kawasan-kawasan yang lebih moden dan material adalah dari segi mentaliti dan gaya kehidupan mereka yang amat jauh berbeza. Ramai di antara mayarakat Cina Kelantan hanyalah bersifat Cina pada bangsa dan agamanya tetapi bersifat Melayu pada cara fikir dan gaya kehidupannya. Minat, kesukaan, makanan, miniuman, hobi, topik perbualan dan gaya hiburan mereka adalah hampir menyerupai masyarakat Melayu oleh kerana mereka telah terbiasa dengan pergaulan sesama orang-orang Melayu di sekitar, sama seperti maysrakat Cina Baba dan Nyonya di Melaka. Jauh sekali berbeza dengan masyarakat Cina di Kuala Lumpur, Pulau Penang, Petaling Street dan kota-kota moden yang seangkatan dengannya, mereka di sana adalah bermentaliti orang moden yang hidup ke arah keBaratan atau keglobalisasian. Keterbukaan cara bergaul, cara berhibur yang tidak salah bagi mereka, kehidupan yang sentiasa sibuk dan hangat, kehidupan malam seperti siang dan keiinginan terhadap material yang lebih tinggi. Penulis berpendapat bahawa, mayarakat bukan Melayu Islam sebegini sudah tentu tidak mahu membiarkan mana-mana pihak mencampuri apatah lagi menyekat kebebasan gaya hidup mereka, maka PAS sudah pasti bukanlah salah satu pilihan bijak mereka, tetapi PKR adalah mungkin. Contohnya, jika mereka memilih PAS kemungkinan besar bekalan minuman keras akan sukar diperolehi manakala kelab-kelab malam akan ditutup. Maka, kecenderungan mereka adalah parti politik yang boleh menjamin kebebasan gaya hidup mereka tidak diganggu seperti DAP ataupun PKR, tetapi bukan PAS yang radikal serta agresif yang bakal mengatakan gaya hidup mereka adalah maksiat.

Apalah sangat nilai materialistik dan keHaraman yang sudah lama sedia ada di Kelantan yang mungkin menjadi cabaran dan halangan kepada corak pemerintahan Islamik PAS. Kelantan dari dahulu hingga kini tidak banyak berubah, boleh diibaratkan ‘negeri kampung’. Ramai rakyat Kelantan tidak memerlukan sangat pembangunan dan pemodenan di negerinya kerana ramai di kalangan mereka keluar merantau mencari rezeki dan kemudahan di negeri-negeri lain. Sekian lama Kelatan sememangnya tidak ada kilang minuman keras malah bukan lokasi strategik bagi operasi kilang minuman keras. Sama juga dengan kelab malam dan disko, di Kelantan memang sudah sedia lama tidak wujud kerana masyarakat-masyarakat bandar-bandar di Kelantan kurang bementaliti moden, tidak mengejar material dan lebih bersifat tradisiional di dalam berhibur dan bersosial.

Kenyataan di atas kebanyakannya dikeluarkan oleh golongan pro-PAS yang Melayu Islam dan Bukan Melayu Yang Berbudaya Melayu, sebagai tanda menyatakan sokongan dan keyakinan terhadap PAS dan lebih-lebih lagi bertujuan untuk memujuk hati golongan bukan Melayu Islam di kawasan-kawasan lain selain Kelantan. Alasan bahawa PAS tidak mengganggu kebebasan budaya bukan Islam adalah kenyataan bersifat pemujukan yang mellindungi idealism PAS yang sebenarnya mahu mengimplementasikan sekatan terhadap usnur-unsur yang tidak Islamik jika boleh juga ke atas bukan Islam di mana-mana kawasan pemerintahannya kerana itulah janji-janji PAS pada orang-orang Melayu Islam yang membaca Harakah dan mendengar ceramah di markas PAS.

DAP Jangan Pandai Cakap Sahaja

Ketika hampir pilihanraya 2008 dahulu, Penulis telah terserempak dengan satu blog politikal di internet, nama Penulisnya, Brion lah lebih kurang, seorang rakyat Malaysia berbangsa Cina. Seimbas bacaan, kandungan blognya bersifat anti-BN (besar kemungkinan pro-DAP).

Penulis tertarik pada satu isu yang dibangkit Brion bahawa peningkatan kadar jenayah di Malaysia semuanya adalah salah Pak Lah. Penulis blog berbangsa Cina tersebut menyalahkan perdana menteri,Pak Lah kononnya tidak bertanggungjawab menangani masalah jenayah yang meningkat di Malaysia. Logikkah tuduhan si Brion ini ? Tuduhan bahawa kerajaan selama ini berdiam diri dan tidak pernah mengambil apa-apa tindakan langsung terhadap penjenayah adalah palsu semata-mata. Saban hari di dada media, sering disiarkan kes-kes jenayah yang sedang disiasat, kejayaan pihak polis mematahkan usaha jahat penjenayah, kejadian berbalas tembak dengan penjenayah berbahaya serta penghukuman penjenayah di mahkamah.

Sikap seperti Brion ini adalah sangat mudah dilakukan. Sesiapa pun boleh buat. Menuding jari dengan meletakkan beban kesalahan kepada seseorang yang lain adalah amat senang sekali.Pernahkah anda terfikir bahawa, apabila tangan anda menuding ke arah orang lain, sebahagian jemari anda yang lain menunjuk ke arah diri anda sendiri ? ”Wahai Brion, memang amat senang nak mempersalahkan orang. Semuanya salah Pak Lah ! Namun, anda sendiri, apa yang telah anda contribute untuk menyelesaikan masalah jenayah di Malaysia ? Apa yang anda pernah buat, Brion ? Lainlah, kalau anda seorang pengawal keselamatan atau seorang polis yang sanggup membahayakan nyawa menghadapi orang-orang jahat di luar sana !”

Di antara tiga kaum utama di Malaysia, Melayu, Cina dan India; kaum Cina adalah yang paling sedikit berkhidmat di dalam pasukan polis malah sektor awam yang lain, malah yang paling sedikit membuat pemohonan menyertai pasukan polis . Ini adalah realiti, bukan tuduhan palsu Penulis. Antara faktor utama yang dipercayai adalah mereka tidak minat berkerja di bawah kerajaan dan kurang berminat dengan gaji polis yang tidak lumayan. Kalau benar golongan seperti Brion ini benar-benar bersikap patriotik dengan mengambil berat soal peningkatan jenayah di Malaysia, kenapa golongan seperti anda begitu kisah bekerja di bawah arahan kerajaan dan soal gaji yang sedikit. Lihat di Singapura, anggota-anggota polis dan tentera di sana adalah ramai di kalangan orang-orang Cina. Mengapa ? Kenapa di Malaysia, ramai golongan berbangsa Cina tidak mahu masuk pasukan polis ?

Mereka yang malas dan mempunyai banyak alasan untuk enggan masuk pasukan polis dan tentera, serta tidak sanggup membahayakan harta dan nyawa demi mengendalikan masalah jenayah di depan mata,tetapi mengaku bahawa kononnya mereka patriotik adalah paling tidak layak untuk bercakap soal keselamatan negara dan jenayah.

Wahai DAP, sebuah parti yang bermajoriti kaum Cina Malaysia. Memandangkan DAP banyak memenangi kerusi di pilihanraya baru-baru ini. Ingat bahawa salah satu manifesto anda sebelum ini adalah safe street. Adalah menjadi tanggungjawab besar orang-orang atasan DAP untuk memotivasikan kaum-kaum Cina yang menyokongnya, agar sanggup dan berani memohon dan menyertai pasukan polis negara. Jangan sekadar pandai bercakap dan menuding jari pada perdana menteri dan memperlekehkan tugas-tugas polis, sedangkan ramai di kalangan kaum Cina sendiri tidak minat dan tidak sanggup berkorban diri demi keselamatan negara sendiri.

**Soal keselamatan negara adalah peranan dan kesanggupan semua kaum di Malaysia. Penulis berpendapat bahawa kaum Cina perlu lebih meramaikan meyertai pasukan polis negara. Tabik dan respect pada kaum bukan Melayu yang sanggup dan berani berkhidmat di dalam pasukan PDRM. DAP jangan hanya pandai menuduh dan menulis blog sahaja.

Melayu Yang Tidak Berterima Kasih

Ramai di kalangan orang-orang Melayu PAS dan PKR yang kini mewah dan hebat diibaratkan seperti kaduk naik junjung. Setelah masing-masing berjaya masuk universiti, berpendidikan tinggi, kerja hebat-hebat dan kemudian hidup senang terus tidak mahu menghargai jasa pihak kerajaan BN serta Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional yang telah membantu mereka dari segi peluang, kewangan dan sokongan untuk hidup maju di Tanah Melayu ini.

Melayu cepat lupa diri ? Ya, tindakan beberapa pemimpin Melayu parti PKR dan PAS seperti Tan Sri Khalid Ibrahim dan Mat Sabu (tidak termasuk lagi orang-orang Melayu PKR dan PAS yang turut sama mengutuk) yang dengan selamber mengeluarkan kenyataan membangkang dan memperlekehkan manafaat DEB dan sebaliknya menuduh DEB hanya semata-mata mengenyangkan perut kroni-kroni UMNO adalah golongan Melayu yang tidak bersyukur. Semata-mata ingin mengampu dan memenangkan ‘kawan karib’ mereka Lim Guan Eng (DAP Penang ) yang tegas mahu menghapuskan fungsi keistimewaan Bumiputera melalui DEB di Pulau Pinang.

Gunakan akal. Semenjak mula-mula agenda DEB dirancang dan diimplementasikan sekian lama dahulu, berapa ramai anak-anak Melayu tanpa mengira PAS atau UMNO telah diterima masuk ke dalam Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh, Kolej Matrikulasi, Kementerian Pendidikan dan UiTM sehingga sekarang. Berapa ramai pula anak-anak Melayu yang memasuki IPTA atau IPTS dalam dan luar negara yang diberi biasiswa penuh MARA dan Jabatan Perkhidmatan Awam. Malang sekali apabila sudah graduan, sudah berkerjaya, anak-anak Melayu ini menafikan mereka pernah dibantu kerajaan dan menidakkan bahawa segala yang dicapai mereka bukan atas sokongan Dasar Ekonomi Baru.

Fikirkan lagi. Apakah semua kakitangan professional kerajaan, kakitangan PETRONAS, MARA, TELEKOM, TNB sekarang ini adalah orang-orang UMNO semuanya? Tidak masuk akal bukan ? Kalau benar-benar disoal-selidik, entah berapa ribuan kakitangan professional organisasi-organisasi tenama ini adalah penyokong-penyokong PKR dan PAS yang seringkali mengutuk dan mengumpat kerajaan BN di belakang-belakang. Nampakkah anda gambarannya ?

Jika orang-orang Melayu sebeginilah, yang kini sedemikian berjaya, sekarang menidakkan pula jasa-jasa kerajaan BN terhadap mereka dan memperlekehkan manafaat DEB kepada orang-orang Melayu dan Bumiputera. Mereka ini adalah golongan-golongan yang tidak tahu berterima kasih. Kalau beginilah dasar ‘tidak berterima kasih’ mereka, maka amat wajar mana-mana pengikut PKR atau PAS yang kini menjadi pensyarah di UiTM (Universiti Tolong Melayu) dan UUM (Universiti UMNO) segera dikeluarkan dari perkhidmatan mereka.Begitu juga dengan PETRONAS, keluarkan sahaja mana-mana kakitangan Melayu yang menyokong PKR atau PAS. Tidakkah mereka sedari bahawa, jika tidak kerana bantuan secara langsung dan tidak langsung kerajaan BN dan DEB, orang Melayu seperti mereka tidak mungkin akan berada ke tahap itu ?

Terbukti benar kata-kata Tun DR. Mahathir “Melayu mudah lupa”.

My Review: Kekalahan BN Di Pilihanraya Umum 2008 ?

Berdasarkan pemerhatian dan penilaian penulis, kemenangan besar yang memihak kepada pembangkang KEDAPAS pada pilihanraya 2008 ini terutama sekali merujuk kepada kekalahan teruk BN di lima buah negeri dan kemenangan tipis BN di banyak kawasan sebenarnya bukan disebabkan rakyat benar-benar tertarik dan mempercayai pihak pembangkang (KEDAPAS) kerana mereka belum pernah buat kerja lagi, tetapi besar sekali adalah disebabkan oleh hilangnya kepercayaan ramai rakyat terhadap kredibiliti, sikap bekerja dan tingkahlaku di kalangan pemimpin-pemimpin BN. Ramai di kalangan rakyat yang dahulunya menyokong BN kurang atau tidak benar-benar merasakan kesan baik ekonomi oleh pemerintahan BN di bawah pimpinan Pak Lah sebaik mengambil alih daripada Tun Mathathir. Di bawah pimpinan Pak Lah selama 4 tahun, kenaikan harga petrol dan barangan beberapa kali, telah memeberi tekanan kepada rakyat. Ramai rakyat juga merasakan tidak puas hati dengan sikap segelintir wakil rakyat BN yang mana setelah menjadi wakil rakyat; jarang mendekati rakyat, terlalu jelas menunujukkan kemewahan hidup, terlalu mempamerkan beza status dengan rakyat dan gemar memberi alasan di atas kesalahan sendiri. Kemudian, dengan karenah-karenah agensi dan perkhidmatan awam yang bersikap ‘terhantuk baru nak mengadah’ dan acuh tidak acuh dalam melayan permasalahan rakyat di mana akhirnya pihak pemerintah dilabel sebagai tidak begitu mengambil berat kepentingan rakyat yang telah memilih mereka sebelum ini. Ditambah lagi dengan kes-kes moral seperti tuduhan rasuah dan skandal seks yang dilakukan beberapa pemimpin BN, rakyat menjadi kurang percaya pada pemerintahan BN secara amnya. Kemudian, disumbang pula dengan kreativiti dan kebijaksanaan pihak media pembangkang mempergunakan kelemahan-kelemahan BN di atas dan lantas melaksanakan perancangan jangka panjang bagi memudarkan BN dari hati rakyat terutama sekali golongan bukan Melayu.

Walaubagaimanapun, KEDAPAS tidak patut terlalu bermegah dengan kemenangan besar pada pilhanraya 2008 ini, kerana kali ini rakyat sekadar mahu memberi peluang sahaja kepada pihak pembangkang untuk mengambil alih. Tanggungjawab besar KEDAPAS adalah untuk bekerja extra keras bagi melayan keperluan dan memuaskan hati rakyat yang telah mengundi mereka kali ini. Rakyat mahukan perkhidmatan kerajaan yang lebih baik. Wakil-wakil rakyat KEDAPAS wajib membuktikan ketelusan dan kebolehpercayaan mereka. Sekiranya dalam masa 4 tahun akan datang ini, rakyat tidak benar-benar merasai perubahan positif dan tidak mendapat faedah darpada pentadbiran KEDAPAS,sebaliknya menjadikan rakyat lebih tertekan dan konflik kaum, tidak mustahil pada pilihanraya akan datang, ramai rakyat tidak akan keluar mengundi atau kembali semula memilih BN.

Kali ini rakyat sekadar memberi peluang sahaja, belum lagi mempercayai pihak pembangkang. Sepertimana rakyat bersungguh menjatuhkan BN, KEDAPAS juga boleh menerima nasib yang sama sekiranya rakyat mula menyedari bahawa pakatan pembangkang kali ini sebenarnya membawa kekacauan berbanding kestabilan.

Politik Yang Positif ?

Antara ciri-ciri suasana politik yang BAIK:

1.Kepentingan negara (kepentingan nasional) perlu paling diutamakan berbanding kepentingan parti politik sendiri. Percaturan politik perlu dikawal bahawa setiap parti politik perlu mendisiplinkan ahli-ahlinya dengan tatatacara, adab kesopanan dan batasan agar tidak merosakkan imej negara serta menjejaskan kestabilan sosio-ekonomi, eko-perlancongan, hubungan luar negara, pendidikan rakyat dan kelancaran kehidupan rutin masyarakat seperti mencari rezeki dan beribadah.

2.Politik menjadi permainan di luar sahaja (kena pada masa dan tempatnya). Sebaik pulang ke kehidupan bermasyarakat dan berharmoni, segala sentimen berbaur politik kepartian perlu diabai terus dan ditolak tepi bagi memberi ruang utama kepada kehidupan bersaudara, bersahabat, bermuafakat, bertolak-ansur dan bantu-membantu sesama manusia. Politik kepartian tidak seharusnya memecahkan tali persahabatan sesama manusia.

3. Sensitiviti serta hak setiap kaum dan agama yang ada di dalam negara perlu dipertimbangkan dengan teliti dan diambil kira ketika membuat sebarang perancangan masa depan dan penentuan dasar-dasar kerajaan masa depan. Tidak sesekali, mempamerkan pertimbangan berat sebelah yang hanya memfokuskan perspektif satu kaum atau agama, sebaliknya turut memikirkan hak dan perspektif kaum dan agama lain.

4. Politik perlu bermatlamat dan berakhir dengan pemberian manafaat dan faedah kepada keseluruhan rakyat, tidak kira kaum, agama dan parti politik. Rakyat mengundi dan memilih satu-satu parti politik dengan kepercayaan bahawa parti tersebut bakal memberi kebaikan dan kemudahan kepada kehidupan mereka. Tidak sesekali mempermainkan kepercayaan rakyat. Tanpa rakyat, siapalah ahli politik.

5. Politik bermatlamat mewujudkan kebaikan yang belum ada, menambahbaik kebaikan yang sedia ada, mempercepatkan proses agar rakyat segera mendapat kebaikan, memperbaiki kelemahan yang menyukarkan rakyat. Segalanya perlu relevan, rasional serta melalui pertimbangan dan perancangan yang teliti, bukannya sekadar manifesto yang gah di mulut sahaja.

6. Seorang ahli politik baik tidak patut mempunyai sifat panas baran, gelojoh dan radikal ingin mengambil alih kuasa,sebaliknya menunjukkan ketenangan dan kredibiliti setiap kali berkempen.

7. Seorang ahli poltik yang baik tidak patut bermulut celupar, sering mengeluarkan kata-kata sinis,fitnah, makian dan tuduhan tidak berasas. Tidak sepatutnya bersikap emosional ketika berkata. Ucapan dan hujah tidak sewajarnya berunsurkan hasutan dan menyemai kebencian.

8. Setiap ahli politik tidak patut langsung mempermainkan isu-isu peribadi pihak lawan dan mempergunakan sentimen perkauman dan keagamaan ketika berkempen. Amalan mendedah dan menggembar-gemburkan kelemahan dan keburukan orang lain adalah taktik ‘budak tadika’. Sebaliknya, yakinkan rakyat dengan kemampuan, dan kelayakan diri sebagai calon serta apa yang boleh dilakukan dan ditawarkan kepada rakyat jika berjaya memerintah.

How Far Is PAS Democratic ?

Why don’t you approach any PAS’ hardcore followers by asking them these questions:

  1. This is a democratic country right ? So why not the top leaders from DAP or KEADILAN become MB/PM or at least being short listed as a MB/PM candidates? Why must only the PAS’s top leader become the MB/PM ?
  2. This is a democratic country right ? So why not any non-Malay and non-Muslim top leaders from DAP and KEADILAN become MB/PM or at least being short listed as MB/PM candidates ? Surely, the non-Malays in DAP and KEADILAN will really feel excited. Why must only the PAS’s top leader become the MB/PM?
  3. DAP and KEADILAN have given a really big contribution to BA (Barisan Alternatif) if BA do win the general election and successfully take away the government from BN. Would PAS give high and equal power as well as decision making authority to the non-Muslims leaders of DAP and KEADILAN with their open heart and with the sense of liberality or would PAS be fear and feel this is kind of threat to their Islamic ruling when these non-PAS leaders who trying to claim equal power ?

Will PAS be open minded, liberal and democratic enough to allow this kind of pure democracy to happen within KEDAPAS’ matrimony? It’s no weird in BN to have a such situation like this because the three sub-parties (UMNO,MCA,MIC) have long sustained the national unity as their grand political basis. That is why MCA and MIC do not fight with UMNO. But, how about DAP, KEADILAN and PAS ?

I remember that once upon a time, I had read some kind of political statement in a newspaper. I do not need to mention what newspaper it is. More or less the statement sounds like this “Demokrasi adalah halangan kepada pemerintahan Islam..”. I ‘m quite sure this kind of statement would hardly come from UMNO people. More possible and believable, it might have been said by PAS allies who are fearless, one-sided and radical. PAS have been longing for the top and utmost positions in government, so they can carry out their own Islamic concept and policies of authority to the entire Malaysia. Considering this statement and its relation to the idea of democracy which PAS as well as their partners always demand in Malaysia. Democracy which they call ‘people’s rights’. Who are the ‘people’ they refer ? Yes, the Malaysians regardless all races and religions. Meaning that, all races should have the share of power even in politics. If they do hold on to the democracy which they always fight for, PAS is supposed to allow chances or at least nominations of non-Malay leaders from DAP or KEADILAN to be PM or Deputy PM in Malaysia?

MCA and MIC have never questioned the role of UMNO as the head of BN as well as accepting a Malay leader as PM like Dr. Mahathir and Abdullah Badawi. All BN sub-parties have been trained and rationalized for a very long time since the efforts of searching independence 1957. It was the priceless social contract among Malays and non-Malays which has been adhered by all BN members until now. How about DAP, KEADILAN and PAS ? Do they have a special agreement that will easily give the utmost authority to PAS or they would still make use of the old social contract even though it was primarily pioneered and applied by UMNO, MIC and MCA who are their own enemies.

Once, DAP was a solo-fighter. Same with PAS which was also a solo-fighter. Recently, they have united. Yet, both of them have their own political objectives. DAP wants equal power and rights and also authority regardless races and religions in Malaysia. They claim that Malaysia is not a country for a specific race and religion. I remember on time while I was traveling in Penang a few years back. There was an old faded DAP’s poster pasted on the wall of a building. More or less it sounds like this “Tiada istilah sebuah kerajaan Melayu dan Islam (Islamic nation) di Malaysia..”. Though the poster is rotten, the image of independence day and Tuanku Abdul Rahman was still obvious. From my interpretation, what DAP wanted to say in that poster is that it is not fair and not democratic at all to have a Malay or Islamic authority as a national basis in Malaysia. The words ‘Islamic nation’ for DAP most likely to mean a discrimination to other races and religions as well as the biasness towards Malay and Islam.

On the other hand, PAS is well known and respected by many Muslim Malaysians because PAS declare their objective to make Malaysia a pure and total Islamic nation. Since PAS loves to accuse UMNO as secular though in reality UMNO it is not really that bad. This shows that PAS is really obsessed to take over Malaysia from UMNO in order to apply their own policies throughout all rules, acts, policies and administrations in Malaysia, in fact to be the be the father of DAP and KEADILAN who will take control everything.

PAS and DAP including KEADILAN have their own political visions. Political visions I mean here is who is supposed to be PM and what kind of Malaysia they wish and plan for one day. Inside each one of these parties has their own wish. I believe what Karpal Singh and Lim Kit Siang plan for Malaysia is very much different from what Hj.Hadhi Awang and Ahmad Sabu plan for Malaysia. One demands a liberal and free nation and the other one emphasizes on jihad for an Islamic nation. Interestingly, both of these parties have united, but for how long? I thing their unity is more towards short term mission which is only to take down UMNO and BN. Both of them seem really matched but only their top committees know the truth and rakyat biasa just knowing that they should serve Malaysians better.

What Do You Understand About This?